Permohonan Ke IPTA/TEVT/ILKA UPU untuk sesi 2011/2012

Permohonan Ke IPTA/TEVT/ILKA UPU untuk sesi 2011/2012

by fiziesss on November 11, 2011

Pembelian No Unik ID Dibuka

upu

Bagi pelajar yang berminat untuk membuat permohonan ke Institut pengajian tinggi IPTA, Teknik Vokasional TEVT ataupun Institut latihan kemahiran ILKA bagi sesi 2011/2012. Permohonan telah dibuka.

Permohonan terlebih dahulu mempunyai no Unik ID untuk mengakses sistem permohonan yang akan dibuka nanti.

Cara Membeli No Unik ID

No Unik ID ialah nombor yang digunakan untuk membolehkan pemohon mengakses sistem permohonan, Untuk mendapatkan No ID, pemohon perlu membelinya di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan.

Pembelian Secara Pukal ( banyak )

  • Boleh mula membeli dari 8 November 2011 hingga 30 November 2011
  • Membeli melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32c di kaunter BSN sahaja.
  • Harga RM10.60 seorang
  • Salinan Kad Pengenalan/My Kad calon perlu disertakan semasa pembelian.

Pembelian Secara Individu

  • Boleh Mula membeli mulai 9 Januari hingga 2 April 2011
  • Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking dan Perbankan Internet.
  • Harga RM10.60 seorang
  • Salinan Kad Pengenalan/My Kad calon perlu dikemukakan semasa pembelian .

Sekolah boleh membuat pembelian Nombor Unik ID secara pesanan pukal terus dari mana-mana cawangan BSN dengan melengkapkan butiran yang diperlukan di BPKP-32C (Borang BPKP-32C dan Lampiran A hanya untuk kegunaan BSN sahaja dan tidak perlu dihantar ke BPKP JPT).

Nombor Unik ID ini WAJIB digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA di FASA 2  mulai  9 Januari hingga 2 April  2012.

Klik sini Untuk muat turun BORANG PESANAN PUKAL – NOMBOR UNIK ID serta maklumat lanjut

Diharapkan Pemohon mengambil perhatian kepada permohonan Kemasukan ke IPTA, TEVT, dan ILKA 2011/2012 ini.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 33 comments… read them below or add one }

SAFIRAN ABDULLAH June 11, 2013 at 9:23 am

ada rayuan tak untuk kemasukan sesi julai ? saya terlepas la.

Reply

APIKHA January 2, 2013 at 9:24 am

sy da terlepas isi fasa 2..bolehkah sy isi pd tahn 2013 ni??bilakah tarikh buka n tutup permohonan politeknik bg thun 2013 ni..??jika sy tidak mohon melalui online tetapi telefon terus ke bahagian pegmbilan pelaja,adakah sy akan diterima msuk ke politeknik??

Reply

nadzirah April 6, 2012 at 9:58 am

salam…maaf…saya da terlepas ke untuk permohonan kemasukan politeknik sesi julai……..boleh rayu x??????huhuhuhu

Reply

mohd sarah bin bobong June 9, 2012 at 9:43 am

mcm mana mau buat rayuan dan isi upu fasa 2 ni

Reply

margaret April 3, 2012 at 10:18 pm

salam..saya nak tanya ada lagi ke ambilan kedua untuk kemasukan ke uitm 2012? sya telah beli pin upu untuk lepasan spm tahun 2012 tapi masalahnya sya dah terlewat tarikh tutup pada 2 april 2012, adakah sya tidak berpeluang lagi untuk masuk ke uitm.

Reply

wawa March 26, 2012 at 1:35 pm

assalmkn..bey sye tnye… cm new nk bli no pin untk maktab perguruan..?? and mse bli nnti ad kne isi pape x slain no i/c..?? hrap bley tlg ye…

Reply

stacker March 24, 2012 at 11:00 pm

salam.. kenapa xboleh buat semakan dlm system UPU lepasan SPM…bila masukan IC dan pilih kategori ia mengatakan yg kategori yg dipilih salah..kenapa??

Reply

Nurul Habibi March 19, 2012 at 12:32 pm

Assalamualaikum wbt.Saya ingin bertanya,bilakah agaknya permohonan KPLSPM akan dibuka?

Reply

fiziesss March 19, 2012 at 1:49 pm
Affrrin Muhammad March 7, 2012 at 9:58 pm

Salam.. sy nk tny.. Bg lpsn STPM yg dah kemaskini 3 kali, boleh bt kemaskini lg ke setelah dapat result? Harap dpt membantu. terima kasih.

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 8:04 pm

Salam..tak boleh la affrrin

Reply

fadhilah othman March 6, 2012 at 9:50 am

kalau dah isi fasa 1 terlupa isi fasa 2 mcm mana? masih boleh isi utk fasa 2 ke?

Reply

fiziesss March 21, 2012 at 8:42 pm

Boleh adik fadhilah

Reply

tamayanthy March 5, 2012 at 3:18 pm

saya tak tahu macam mane tuk memohon tuk ipta? saya dah ade pin num….

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 7:56 pm

Susah untuk terangkan disini..baik berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling terdekat

Reply

tasha March 3, 2012 at 6:02 am

saya nak tanya, pmbelian no pin smpai 2 april 2011 atau 2 april 2012?

Reply

fiziesss March 3, 2012 at 9:31 am

Cuba tengok jadual tarikh pentingnya betul2..kalau permohonan tahun 2012 dah tentu tutupnya 2012.. 2011 itu adalah bagi lepasan spm 2011

Reply

raihanna March 2, 2012 at 11:37 am

salam..sy telah membeli no pin melalui mesin ATM..malangnya slip no pin itu telah hilang tetapi sy masih ingat no pin tersebut..adakah slip no pin itu perlu/penting di bawa ketika pendaftaran kelak??perlukah sy membeli no pin yg baru??

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 7:53 pm

Tak penting..cukup sekadar ingat pin tu..

Reply

Man February 27, 2012 at 2:16 pm

Saya pelajar lepasan IKM.Bolekah saya memohon untuk IPTA??

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 7:38 pm

Boleh..pastikan tamat semua pakej sijil atau diploma..

Reply

LAN January 12, 2012 at 10:13 am

assalamualaikum…nak tanya…saye takut lah…kalau tak isi fasa 1 takper ker?…nanti kang kementerian tak terima permohonan fasa due plak kang….betol ker takper…mane tau nanti kementerian kater saye bdak yg tak alert n tak bagi saye enter u…

Reply

fiziesss January 12, 2012 at 1:20 pm

Waalaikumussalam, tak pe..sy berikan informasi berdasarkan buku panduan mengisi keluaran kementerian pengajian tinggi..jika masih ragu2..bolehlah tanya di karnival jom masuk u berdekatan..disana ada staff Kem Pengajian Tinggi.

Reply

ACHOO January 11, 2012 at 6:48 pm

cikgu, kenapa bila saya masukkan ID number yang betul, dia cakap number ID saya salah. saya perlu beli number tu lagi sekali ke? bingung ni~

Reply

fiziesss January 12, 2012 at 1:08 pm

Aduhai..ramai yg tnya soalan ni..banyak kali sy dah ulang jwpnye..hehe :) cuba dapatkan nasihat dari staff kementerian pengajian tinggi di karnival jom masuk u..

Reply

angah January 10, 2012 at 8:00 pm

PEMBELIAN NO PIN SKRG MASIH ADA KH? KENAPA SCARA INDIVIDU THUN LEPAS PEMBELIAN NO PIN? TERSILAP KH?

Reply

fiziesss January 11, 2012 at 11:10 am

Masih ada :)

Reply

iryani January 10, 2012 at 1:41 pm

help!

Reply

fiziesss January 11, 2012 at 10:42 am

maaf lambat..arini sibuk..staff sy bercuti..sy dah jawab tadi..harap membantu..

Reply

iryani January 10, 2012 at 12:33 pm

dalam permohonan untuk fasa 2 ni, saya telah memohon untuk politeknik primier. saya masih berminat untuk memohon bg memohon teknik vokasional pula. adakah saya boleh menggunakan unik id yg sama?

Reply

fiziesss January 11, 2012 at 10:41 am

Saya tak pasti..mungkin boleh..mungkin ada sapa2 yg boleh bantu..?

Reply

shahkirah January 9, 2012 at 7:24 pm

Kalau saya tidak apply untuk fasa 1, boleh tak saya apply untuk fasa 2 untuk upu? terima kasih

Reply

fiziesss January 10, 2012 at 7:33 am

Boleh..silakan :)

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: