Permohonan ke MRSM Tingkatan 4 Semenanjung 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan ke MRSM Tingkatan 4 Semenanjung 2014 1
MRSM

Satu permohonan dibuka untuk ke MRSM, Permohonan MRSM ini adalah bagi kemasukan tingkatan 4, Permohonan  MRSM adalah bersesuaian kerana ia mampu memberikan situasi pembelajaran baru dalam pembelajaran. Untuk info, permohonan MRSM 2014 ini adalah bagi kemasukan di semenanjung Malaysia manakala untuk sabah dan Sarawak akan dibuka kemudian.

Syarat mohon MRSM secara online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Cara Memohon Kata Laluan Permohonan MRSM

Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 ( Permohonan Online )

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 September hingga 18 Oktober 2013. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
  2.  Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2014)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

 

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 Nov 2013.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

NOTA:

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4.  Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM 2014

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

Tarikh Tutup Permohonan MRSM 2014

  1. Tarikh akhir permohonan secara online pada 18 Oktober 2013.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
  3.  Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut Permohonan MRSM tingkatan 4 tahun 2014 ini sila rujuk Laman rasmi MARA atau ke Iklan penuh. Semoga permohonan ke MRSM tingkatan 4 berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *