Permohonan ke Politeknik Pengajian Separuh Masa 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan ke Politeknik Pengajian Separuh Masa 2014 1

Bagi yang berminat menyambung pengajian lebih tinggi di Politeknik seluruh Negara, satu permohonan dibuka untuk pengajian separuh masa bagi membuka peluang kepada individu yang ingin belajar sambil bekerja.

Kursus yang ditawarkan ialah memberikan kemudahan yuran yang kompetitif serta kelas hujung minggu. Selain itu pengajian adalah mempunyai kebolehanpasaran yang tinggi.

Syarat Kemasukan ke Program Separuh Masa

Warganegara Malaysia

Syarat mengikut bidang;

 Bidang Kejuruteraan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu

ii. Lulus Bahasa Inggeris

iii. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;

• Matematik atau Matematik Tambahan

• SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional

• SATU (1) mata pelajaran lain

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, DAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Inggeris

ii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan

iii. Lulus SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.

ATAU

Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap

TIGA (3) yang berkaitan dan diiktiraf DENGAN minimum SATU (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Bidang Teknologi Maklumat

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu

ii. Lulus Bahasa Inggeris

iii. Mendapat TIGA (3) kepujian daripada mana-mana mata pelajaran

termasuk Matematik atau Matematik Tambahan

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya SATU (1) prinsipal dalam mana-mana mata pelajaran

DAN kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM.

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.

ATAU

Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap

TIGA (3) yang berkaitan dan diiktiraf DENGAN minimum SATU (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Bidang Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu ii. Lulus Bahasa Inggeris

iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan iv. Mendapat TIGA (3) kepujian termasuk SATU (1) mata mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sains Ikhtisas dan DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambil kira termasuk Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan sekiranya mendapat kepujian.

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian DAN lulus Bahasa Melayu.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Bidang Pelancongan & Hospitaliti

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu ii. Lulus Bahasa Inggeris iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan iv. Mendapat LIMA (5) kepujian dari mana-mana mata pelajaran

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.

Bidang Perdagangan

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu

ii. Lulus Bahasa Inggeris

iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan

iv. Mendapat LIMA (5) kepujian dari mana-mana mata pelajaran

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.

Bidang Akauntansi

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

i. Lulus Bahasa Melayu

ii. Lulus Bahasa Inggeris

iii. Mendapat TIGA (3) kepujian dari mana-mana mata pelajaran

termasuk Matematik atau Matematik Tambahan.

ATAU

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian

Program yang ditawarkan ( KLIK SINI )

Cara Memohon Pengajian Separuh masa

  • Pemohon perlu mengakses aplikasi dalam talian (online) di www.politeknik.edu.my. Pemohon dikehendaki  mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan.
  • Mencetak slip permohonan kemasukan.
  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik berkenaan

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mei 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *