Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI 2012

Permohonan Online ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI Ambilan Febuari 2011/2012

UPSI

Bagi yang berminat untuk mempelajari bidang pendidikan, bukan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI, memperlawa calon lulusan STPM/Matrikulasi/STAM/Diploma/dan kelulusan setaraf berkelayakan untuk memohon mengikuti program-program Ijazah sarjana muda secara sepenuh masa.

Senarai Program Yang Ditawarkan

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( TESL ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sains pertanian ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Khas ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Seni ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sejarah ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Jasmani ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Awal Kanak-kanak ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sains Kejurulatihan ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Multimedia ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Teknologi Reka Bentuk Berkomputer ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan ( Rehabilitasi Sukan ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk ( Pengiklanan ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk ( Animasi ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian ( Perisian pendidikan ) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian

Cara Membuat permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online dengan menggunakan nombor BITARA ID IJAZAH ( dapatkan di BSN ) mulai 1 November 2011 selepas jam 12.00 tengahari. SIla layari laman web UPSI di www.upsi.edu.my/online untuk mendapatkan maklumat berkaitan e-panduan mengisi borang secara online.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2011, permohonan yang lewat tidak diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 12 febuari 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

Cara membeli no BITARA ID IJAZAH

  1. Pergi membeli nombor BITARA ID IJAZAH di BSN/Mesin ATM/SMS Banking
  2. Harga Nombor Bitara id Ijazah ialah RM 26.00

Anda digalakkan download/Muat turun Iklan Penuh dibawah untuk melihat maklumat lebih tepat:

Sumber : Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

31 thoughts on “Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI 2012

  1. salam. Saya nak tanya adakah ijazah sarjana muda pendidkan jasmani open market# dijamin mendapat kerjaya ke? sebab saya ada terdengar jika ambil kos yang ada open merket boleh kerja selain guru tetapi tak boleh kerja di mana2 company kerana kelayakannya adalah pendidikan kn? jd cdangan tuan/puan perukah kursus itu diambil?? yang utama adalah prospek kerjaya. tq

    • Salam..open market adalah tidak menjamin penempatan..tetapi kursus2 dalam open market itu mempunyai kebolehan untuk calon memohon kerja lain apabila memohon kerja nanti..pendidikan yang ada itu sebagai nilai tambah sahaja..

  2. saya nak bertanya ckit..saya dapat ijazah psikologi..bidang ini ade biasiswa ke yang akan menjamin pekerjaan? seperti kpm n kptm ..

  3. Salam,

    Saya mempunyai ijazah dalam bidang English, Major dalam TESL CGPA 3.06/4.00 .

    Impian saya nak menjadi seorang guru.

    Boleh bimbing saya cara saya nak apply untuk menjadi guru ?

    Terima kasih.

    • Salam.. dalam bidang TESL ada peluang cerah utk menjadi guru..sebab banyak kekosongan utk BI..tapi buat sementara ini ia belum dibuka.. jika ada maklumat kami akan cuba kongsikan..

  4. Saya lepasan diploma politeknik.Terdapat beberapa permasalahan.harap dpt membantu :-
    1-Sy ingin melanjukkan pelajaran dlm ijazah sarjana muda pendidikan tp ketika mengisi permohonan online, tiada ruangan untuk mengisi tempat medsi.
    2-selain drpd upu yg dibuka skrg, adakah cara lain utk memohon ijazah sarjana muda pendidikan lepasan diploma under kpm?

    • Kalau bab pendidikan ni sebenarnya dah agak sukar.. sbb terlalu ramai minta pendidikan sehingga diperketatkan.. kemasukan ke pendidikan lebih diutamakan pada fresh seperti lepasan SPM

  5. saya lepasan diploma dari poli..cgpa saya pada sem 6 hanya 2.76..adakah saya layak memohon ijazah di upsi atau mana-mana ipta yang lain?boleh ke memohon ijazah sebelum grad diploma?

  6. Saya pelajar lepasan diploma politeknik dan ingin menyambung pelajaran dalam kursus pendidikan.Soalan saya untuk admin:
    1. Berapakah had umur yang dibenarkan untuk memohon ISM Pendidikan bagi lepasan diploma?
    2. Bilakah No Unik ID UPU boleh mula dibeli?Ini kerana saya selalu terlepas peluang membeli No ID disebabkan tarikh tutup permohonan ke UPU yang saya rasa begitu singkat.
    Diharap pihak admin dapat menjawab soalan saya.Terima kasih

    • Untuk lepasan diploma tidak dapat memohon pendidikan.. perlu ke Ijazah pendidikan di mana2 IPTA. No pin akan mula dijual januari 2013. tarikh tutup permohonan sekitar april 2013.. terima kasih

  7. salam,,,saya memiliki diploma pnddkn awl knk2x dan mempunyai muet ,,jika saya hendak apply ijazah pendidikan seni @ sejarah adakah saya layak ?? , GPA saya 2.76 n CGPA 3.00 ,,

  8. Assalamualaikum.. saya ada persoalan dr pihak tuan iaitu saya memiliki diploma dr uitm dan sekarang saya ingin menyambung dalam bidang pendidikan malaysia persoalannya adakah bidang perguruan di UPSI ada menyediakan perguruaan lepasan diploma(sambungan menjadi guru) jangka pendek atau pihak saya perlu menyambung pengajiaan dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan. saya harap pihak tuan dapat membalas pertayaan saya ini.

  9. salam sejahtera….saya ex diploma student of polteknik. sy nak apply ke upsi utk degree, tapi i tak de muet….i nw sesetengah kursus tak akan terima tanpa muet….boleh tak sy ambik muet selepas dapat degree kat upsi ….

  10. saya ada diploma pendidikan awal kanak dari Um,sy nk menyambung pelajaran ke degree secara sambilan.ada cara ke

  11. adik saya dapat ijazah psikologi dekat upsi..kira bukan cikgu la kan?kalau psikologi nanti dah abis kerja apa ye?

    • Kebiasaanya akan boleh mohon menjadi pegawai psikologi di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta seperti di AADK, Penjara, Kementerian, Jabatan, Felda, Kebajikan masyarakat, dan banyak lagi jabatan2.

  12. boleh ke sy msuk ke upsi nie walaupun sy lepsan spm.?? result spm sy baru2 ni dpt 5A dan 3B+… klau boleh,, mcm mne nk mohon nye.??

  13. Nadia Mohamad says:

    salam..sy nk tny dlm staon UPSI ambil berapa kali ambilan? dan biasanya ambilan pelajar baru diadakan pada bulan berapa??

  14. Muhammad Syafiq bin Mat Desa says:

    salam,kalau saya nk apply degree untuk masuk upsi adakah saya perlu menduduki peperiksaan MUET dahulu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.