Permohonan Kelas Rancangan Khas KRK Tingkatan Satu 2012

Apa itu KRK Kelas Rancangan Khas / Cara Mohon

Kelas rancangan khas KRK merupakan kelas khas yang kini menjadi pilihan ibu bapa untuk membuat permohonan. Belajar tingkatan 1 di kelas KRK 2012 ini memberikan satu semangat dan situasi yang lebih positif kepada pelajar kerana ia lebih menggalakkan persaingan sihat dan menggalakkan pengaruh rakan sebaya yang positif dalam persekitaran kelas.

Kelas Rancangan Khas KRK ini merupakan salah satu inisiatif kepada pelajar yang gagal ke Sekolah Berasrama Penuh SBP selepas mereka menghadapi UPSR. Hal ini kerana SBP yang sedia ada tidak dapat menampung semua permohonan kerana tempat yang terhad. Dengan mewujudkan beberapa sekolah mempunyai kelas khas ini secara langsung akan memperbanyakkan kelas yag persekitaran yang seakan sama dengan SBP. Oleh demikian, pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik UPSR dan kokurikulum akan dapat tempat dan persekitaran yang lebih kondusif dan tetap dapat bersaing secara sihat dalam gologannya.

Syarat permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat sekurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011 ( subjek sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A )

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat bermula apabila keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang permohonan ke tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas KRK 2012 boleh didapatkan di sekolah asal murid tersebut atau boleh dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Daerah.
  • Perlu sertakan Salinan sijil kelahiran, keputusan UPSR dan salinan Kad Pengenalan ibu bapa yang disahkan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan

Keputusan Permohonan boleh disemak di laman web Jabatan pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Kemasukan ke Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 KRK 2012 ini boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.