Permohonan KPLSPM Maktab Perguruan PISMP 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

[highlight]Update 30 April 2012 : Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan PISMP 2012[/highlight]

Bagi calon lepasan SPM sebelum ini menantikan permohonan ke maktab perguruan atau KPLSPM yang mana kini dipanggil PISMP 2012, iklan permohonan telahpun dibuka untuk tindakan pemohon.

Sebelum ini, program yang dahulunya dipanggil maktab perguruan, ditukar ke Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia KPLSPM dan kini dipanggil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Oleh demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia Memperlawa lepasan SPM yang berminat untuk memohon mengikut maklumat yang disertakan dibawah :

 Maklumat Program:

 Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan

Mod Kursus: Sepenuh Masa

Struktur Program

 Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)

Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

 Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta ; lulus Bahasa Inggeris, Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

 Program Pengajian Yang Ditawarkan

 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

1.  Sekolah Kebangsaan (SK)

2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012
  •  atau terus ke SISTEM PERMOHONAN PISMP 2012 

  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 5 April 2012.

Makluman dan Perhatian

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Diharapkan maklumat bekenaan permohonan KPLSPM 2012 atau PISMP perguruan ini memberikan berita gembira kepada yang ingin memohon dan layak memohon.

Muat Turun/ Download Iklan Penuh KPLSPM / PISMP 2012 KLIK SINI

199 thoughts on “Permohonan KPLSPM Maktab Perguruan PISMP 2012

  1. askum sy baru tahun 2011 abz stpm dan sudh mndapat kputusan stpm..mcm mna sy nk mohon maktab ni?bilakah masa permohonan 2013 akan dibuka?

  2. Assalamualaikum,
    Saya baru sahaja selesai menduduki SPM 2012 buat kali pertama, bila pula saya boleh momohon ke IPG? dan jika saya ini calon persendirian, adakah ada perkara tambahan yang saya perlu tahu?
    Tahun depan mulai April saya akan berumur 19 tahun, saya layak kan?

    1. Waalaikumussalam, fresh SPM tahun 2012 memang layak. Untuk permohonan ke IPG tu kne tunggu keputusan keluar nanti. Pengambilan menggunakan cara baru kini.. Apa2 pun kne tunggu sikit masa lagi.

  3. I am pursuing an Education programme – Teaching English as the Second Language (TESL) at University Malaya (UM). May I know is there any other way for me to transfer to Maktab Perguruan PISMP since I am presently 20-year-old? Who should i refer to? I am really need help because it is all about my future. Anyone ?

  4. I’m a spm student for 2012. When is the opening date for next year submition? I really do want to apply.

  5. askum . kalau mcm contoh calon ulangan paper julai boleh memohon kea ? bila lagi permohonan akan dibuka sekiranya saya repeat paper nnti ?

  6. Tarikh pemohonan secara on9 telah ditutup. bolekah permohonan dibuat secara manual?. saya lepasan matrik. dan sekarang mengambil ijazah sarjana muda di UTM skudai. tetapi lebih berminat menjadi seorang guru. harap dapat bantu memberi info dimana untuk memohon secara manual. saya menetap di Johor. dan ingin melanjutkan plejaran di Maktab Temenggong Ibrahim. Mendapat kelulusan SPM Matematik Tambahan A1, Bm A1, Matematik Modern A1, Agama A1, Sejarah A2, Bahasa Inggeris B3, Kimia B4. Di matrikulasi. mengambil jurusan sains fizikal mendapat keputusan Math B, Kimia B, Fizik B. Saya ingin memohon kos  Bachelor of Teaching (Hons) (Mathematics for Primary Education) di Maktab Temenggong Ibrahim.  saya berumur 20 dan akan meningkat ke 21 pada 11 0gos 2012. jika diberi peluang saya ingin menyertai kemasukan pada bulan jun 2012 akan datang. 
    Harap dapat membantu saya mengikut jejak ibu bapa saya sebagai seorang guru yang berjaya. Terima kasih.  

  7. tarikh pemohonan secara on9 telah ditutup. jadi bole buat secara manual atau tidak. saya lepasan matrik. dan sekarang mengambil ijazah sarjana muda di UTM skudai. tetapi lebih berminat menjadi seorang guru. harap dapat bantu memberi info dimana untuk memohon secara manual. saya menetap di johor. dan ingin melanjutkan plejaran di maktab temenggong ibrahim.

  8. Salam,
    saya nak tanya,apakah bahasa yang digunakan semasa temuduga dijalankan terutamanya di “institut pendidikan guru kampus ipoh”.
    sebab saya nak buat persediaan semasa menunggu semakan panggilan temuduga.
    terima kasih untuk menjawab soalan saya.
    🙂

  9. as salam,,tarikh keputusan temuduga akan diberitahu pada 30. april. 2012.. hope bersabar n bnyk2 berdoa kt Allah ok.. =)
    lg satu,, sape yg dh terlepas tu,,sy rasa mmg dh xda harapan kot..so kena tnggu taun dpn la..

    semoga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg ada =)

  10. bahasa melayu=A
    bahasa inggeris=A+
    pendidikan moral=A-
    sejarah=A-
    mathematics=A+
    additional mathematics=A-
    physics=B+
    chemistry=B+
    biology=B+
    Result camni okay x? Terima kasih kerana menjawab.

  11. Saya dah sign up.Macam mana nak check sama ada saya dipilih untuk menghadiri temu duga dan bila temu duga tersebut?

  12. salam…sye da mendaftar kursus perguruan …
    tp sye takut klau x dpt ….
    sbb result sye bm B+,bi d,sj B+,sains A-,math B,tassawur B,seni B+,
    pd D,agama B…koko sye D….sye teringin sngt nk jd guru dlm bidang seni…adakah sye layaK?????

  13. ASSALAM…SY SYUHADA DR PERAK NAK TANYA BAGI PLAJAR LEPASAN SPM THUN 2012 YG IGIN MGISI BORANG IPG TTPI TARIKH TLAH DITTUP..ADAKAH SLEPAS KMSUKAN JUN ..ADA LG TARIKH DIBUKA UNTUK MGISINYA..

  14. sy nak sgt jdi ckg tp sy da trlpas isi b0rang secara online…
    mcm mane ni…
    sy da buntu skrang ni…
    tlong labg jwpan ye…
    sy nak sangat jdi ckgu ni…
    sy bdak lepasan SPM 2011…

  15. mcm mana nak check semakan bagi pmohonan ambilan 2012 .. saya dah apply tapi sya nak check sama ada ia diluluskan atau tidak ..

  16. salam , puas saya cari , tp tak jmpe laa , urm , mcm mne nak isi ni , dah lewat pulakk tu .. tolongg saya boleh ?? nak masuk kt mne lg untuk isi borang maktab perguruan ni .. 🙁

  17. salam..boleh sy tau macam mana nak buat pindaan/kemaskini borang permohonan ni?sebab sy dah try banyak kali tak boleh.sy mmpunyai kesilapan semasa isi borang..boleh mintak tolong?sbb tarikh tutup lagi 2 hari. 🙁

  18. saya lepasan stpm 2012,,dan ingin memohon maktad,,bgmana cara2 memohon?sy beli no pin ada 6 digit,,tp sistem mahu 4 dgt shj..pening!!

  19. nape asyik error sja???
    da byk kali back n tekan seterusnya
    tp msih sama..apakah??
    atau kne dftar blk dari awal??

  20. Assalamualaikum…maaf.saya tak dapat buka laman web tu,macam mana ni,saya takut tak dapat hantar permohonanan ke pismp…

  21. salam.., nak tanya..saya da isi separuh dah borang kemasukkan maktab nie.. saya dah isi sampai dekat maklumat plkn…saya salah seorng yg akan mngikuti prgram tersbt.. msalah nya saya masih tidak tahu siri latihan dan penmptan di mna..mcm mana saya nak isi borang tersbt.. sedang kn trikh ttup 5/4 nie

  22. Assalammualaikum, saya ada masalah semasa nak isi mklumat keputusan spm. Saya ada 2 subjek yg tidak tersenarai dlm borang prmohonan, ttapi subjek yg tidak tersenarai trsebut hnya boleh isi 1 kali. apa yg perlu saya buat?
    harap Tuan/Puan dpt mmbantu saya.

  23. SALAM.SAYA INGIN BERTANYA,SAYA MENYAMBUNG PENGAJIAN TINGKATAN 6 UNTUK STAM.TAPI SYARAT DISITU MENYATAKAN PEMOHON BUKAN DALAM PENGAJIAN TINGKATAN 6.BOLEH PIHAK ANDA JELASKAN BAGAIMANA SAYA NAK MOHON?

  24. KALAU DAPAT 1A+(BM) 1A(MATH) 1A-(SEJ) 3B+(BI,EST,PAI) 2C(ADDMATH AND FIZIK) 2D(KIMIA AND BIOLOGY) AGAK2 BOLEH KE TAK NK TRY POHON?

  25. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON? SAYA MENDAPAT
    BM-A+
    BI-B
    SC-B
    MM-E
    SEJARAH-A
    PERDAGANGAN-A-
    ERT-C+
    PEND.AGAMA-A-
    PSV-B

  26. sya nak tnya , saya dah hntr permohonan tp knapa xdpt klik sah permohonan ye .. bla sya klik kluar ERROR ,, sya dah cuba cek klau permohonan sya dtrima, lpas tu kplspm ckp data sya dah ada ?? apa maksud nye ye ?? permohonan sya dah slmt dterima ke ?? heheh

  27. ASALAMUALAIKUM .. saya nak tanya klau keputusan 4a 3B 1 d .. layak ambik apa ?? sya dpt a , Apdg, A-sjh, A-pac , A-pai .. B plak B+Snc,B+BM,B BI ,, N D plak mte .. mcm mna ?? hehe

  28. kputusan saye:
    bahasa melayu : B+
    bahasa inggeris : B+
    matematik: A
    sejarah : A-
    sains: B+
    pendidikan al-quran dan as sunnah : A
    pendidikan syaria’ah : C+ 🙂
    bahasa arab tinggi : C+

    layak x?

  29. Keputusan saya 6A1B3C .. Iban sya dpat A .. Adakah sya berpeluang utk d’terima ? Sya m’milih bidang bhsa Iban sbgai pilihan pertama ..

  30. Selamat sejahtera, nak tanya kenapa website pismp tidak boleh sah dan hantar?? Selepas tekan akan jadi error! Telah cuba berapa kali tapi masih gagal!! Boleh selesaikan?? Terima kasih banyak-banyak.

  31. salam , saya nak tanya , kalau pelajar ipta/ipts x boleh apply kplspm ke ? member saya cakap x ble ? adakah itu benar ? saya lahir pada 1993 . terima kasih 🙂

  32. salam.sye lpsan spm 2007.kptsan spm sye 3A.2B,2c1D,1e layak ke sye memhon kursus tersebut?.sekiranya layak apakah bidang ya sesuai dgan result sye.agme,seni visual,tassawur islam A,sains,bahasa melayu B,perdagangan,sejarah c,matematik D,bahasa inggeris E.terima kasih…

  33. asssalamualaikum..saya minta maaf kalau terkasar bahasa semasa bertanya tadi..cuma berasa cemas tadi..harap tuan boleh membantu saya..

  34. Assalamualaikum.sy lepasan SPM_11 sedng mmbuat permohonn ipg .

    sy masuk plkn .antara kumpulan2/kumpulan3belum ditempatkan lagi .

    pilihan untuk d’isi -KUMP 1 ,KUMP2 ,KUMP 3
    komen ?

    DAN ……
    sedang m’isi —->maklumt perhubungan dan tempt tinggal

    mengenai : ( Institusi Pengajian Sekarang -3 pilihan ….sy dikira TINGKATAN 6 ?

  35. salam…

    nk tnye,kalo sy dh berusia 22 thun n dh ade diploma…
    boleh apply lg ke x??sy berminat nk jdi guru…
    boleh bg sy cara x??tq……

  36. nak tnya , mcm mana erk kalau kita dah sahkan permohonan tp ada ruang yg belum di isi, msh dpt kemaskini or mcm mna tu??

  37. 1B 3C 3D 1E 1G..kenapa ini hakikat yg ku temui adakah ini ujian bagi tuhan yang maha berkuasa penuh…padahal pada ketika itu spm adalah yang amat ku harapkan untuk mengubah nasib ku dan keluarga ku…sebak menahan air mata ni tanpa ibu ku yg dah lama meninggalkan ku…hidup masa depan ku amat gelap..ubahlah hidup ku ya Allah…sementara waktu masih berjalan dan usia ku semakin matang memikir kan masa depan untuk adik ku…beri lah peluang dan dorongan yang cukup berguna agar aku lebih mengenal dunia yang penuh dengan pancaroba ini…

  38. Masalah sekarang,borang tu boleh dibuka 3 kali sahaja kan? sekarang,saya tak boleh isi bahagian untuk kokurikulum sahaja.yang lain okay sahaja.saya takut lepas ni hanya dua kali sahaja boleh buka tapi bahagian kokurikulum itu tak diisi..harap boleh bantu saya untuk menyelesaikan masalah ini.

  39. saya nak tanya,kenapa tak boleh isi untuk bahagian kokurikulum? ada ‘error’ bila nak isi bahagian tersebut..

  40. salam, sye nk tanye, knape smase sye apply maktab ini, sye xdpt mneruskn krn terdpat ‘server error’ smase nmekan klik TAMBAH, bgaimne sye hendak mlengkapkn permohonn trsbut… harap dpt membntu..

  41. halo. saya dapat result. 7A. tp 1D.. A+= sej..A =bio,chemis, addmath,math, agama dan a- saya bm.. tp D saya bi.. boleh ke saya mohon maktab n matrik??

  42. assalamualaikum…….sye dpt 1A, 2A-, 1B+, 3B,2C dan 1D

    agak2 dpt x???
    Sye x fhm psal pembelian no.ID? Pembelian dibuka smpai bla???

  43. salam,
    sy nk tny sikit berkaitan dengan cara permohonan ini dilaksanakan..
    kn first step tu beli pin d bsn.. pastu g http://www.moe.gov.. tp kat laman web..tu sya x nmpk pon borang permohonan..

    mohon en/puan bantu sya..

  44. Salam sejahtera, saya ingin tanya kenapa saya tidak dapat jumpa link untuk mengisi permohonan saya ke KPLSPM? Permohonan in sudah dibuka pada 22 mac 2012, betul tak?

  45. salam,,saya lpsn stpm n msa spm sya hnya dpt 4a ttp bhsa english sya krg mahir,,,lyk n wajar k saya nk mohon???? terima kasih..

  46. salam , bila borang KPLSPM kemasukan 2012 keluar ? bukan ke 22 march .. tak jumpa pun . harap tolong 🙂

  47. terima kasih utk info..
    result saye 3A (BM,MATH,dan P.M) 1A-(BI) 3B (KIMIA,BIO,DAN P.AKAUN) 1B+(SEJARAH) 1C+ (FIZIK) DAN 1D (ADD.MATH)
    KOKURIKULUM:aktiviti dlm sekolah jer..
    rase2 bleh dpt?

  48. salam..saya nk tnya…kalau nk isi borang permohonan perguruan melalui online mahu isi di mana ? boleh bagi link ? saya sudah beli no pin..tapi saya tak tahu nak isi di mana…tolong yaa…

  49. Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan, saya tidak dapat menemui borang online bagi permohonan pismp, saya telah membeli no. pin di bsn, saya telah melayari laman web moe.gov.com.my tapi saya tidak menemui borang tersebut. boleh tuan berikan saya link bagi borang online tersebut ?
    terima kasih diucapkan.

  50. salam, saya nak tanya keputusan spm saya seperti dibawah layak mahon PISMP tak???
    inilah result saya.
    bahasa melayu=A-
    bahasa inggeris=C+
    pendidikan moral=A
    sejarah=B
    mathematics=A
    additional mathematics=B+
    physics=B+
    chemistry=B
    biology=C
    bahasa cina=B+
    terima kasih untuk menjawab soalan saya.

  51. salam. saya calon spm 2010. dapat 1a+, 2a, 4a-, 1b+, 1b. saya art stream, dulu ambil elektif prinsip akaun, ekonomi asas dan perdagangan. saya apply kplspm tahun lalu dan ditemuduga utk kursus pra sekolah. tapi tak dapat masuk IPG. mungkin krn sijil Kokurikulum saya dapat gred D. tapi, saya ada juga sijil2 pengawas dan aktiviti lain. agak2 tahun ni boleh apply ke? apa kursus paling sesuai dgn result saya? harap dapat bagi pendpt. TQ

    1. Pasal umur tu..cuba rujuk post di xpresi terbaru..sy xdpt nk bg link sbb sy guna.nset.skry ni..gagal temuduga tu kbnykan adlh sebab kurang perwatakan yg sesuai..cuba berlatih lebih yakin berckp.dan lebih jelas..isu semasa.kena tahu dan pandai tntg infomasi pendidikan

      1. Saya dapat 4A- ,syarat am die 3 cemerlang ..
        saya dapat bagi 2A- je,sebab lagi 2A- untuk syarat dia yang kepujian sejarah dan Bm, saya dapat A-.jadi, 3cemerlang tu boleh tak saya letak 2A- 1B+ ?

  52. Salam,nk taye.sye dpt 3 cemerlang n 2 kepujian.peluang utk diterima masuk tu banyak atau sikit? Terima Kasih-

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *