Permohonan KPTM Online Julai 2016

KPTM Online

KPTM Online

Kami dimaklumkan melalui respon pelawat mengenai permohonan KPTM online untuk pengambilan Julai 2016. Melalui link yang diberi kami membuat penilaian kesahihan maklumat yang diterima. Memandangkan kami tidak dapat mengenalpasti tarikh buka dan tutup permohonan, mengikut pengamatan kami mungkin permohonan masih dibuka untuk sesi julai ini. Kolej Poly-Tech MARA ( KPTM ) merupakan salah satu pilihan kerana ia menawarkan pengajian kemahiran lebih tinggi dalam kelasnya tersendiri. Selain itu, lepasan KPTM juga diberikan idea-idea dan info-info kekosongan pekerjaan untuk kemudahan pelajarnya. KPTM ini banyak menerapkan pengajian kemahiran demi melahirkan tenaga mahir kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran kerja kini.

Permohonan KPTM Online Julai 2016

Sebelum membuat sebarang tindakan permohonan, kami cadangkan anda menghubungi dulu talian :

  • 03-91795637 atau
  • 0391795639
Baca Juga :  Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Menghubungi hotline permohonan penting untuk mendapatkan kepastian samaada permohonan masih dibuka atau telah ditutup.

Menarik :

Sebelum permohonan hendak dibuat pastikan anda terlebih dahulu mempunyai program yang ingin dimohon. Untuk menyemak program, lokasi dan syarat kelayakan anda perlu merujuk ( Senarai Program )

Pastikan anda mempunyai maklumat berikut :

  1. Nombor kad pengenalan ‘MyKad’
  2. Alamat surat menyurat, No. Tel / HP dan E-Mail semasa
  3. Keputusan SPM/STPM/Diploma atau mana-mana kelayakan yang akan digunakan untuk memohon
  4. Maklumat Ibu, bapa/penjaga
  5. Pilihan program pengajian di KPTM
Baca Juga :  Tarikh Peperiksaan Awam 2017 dan Pentaksiran

Mengisi Maklumat

Permohonan boleh dibuat di http://online.kptm.edu.my:8001/cms/smp/index3.php?l1=Application&l2=Online

  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. (Maklumat bertanda * adalah DIMESTIKAN yang membolehkan permohonan dihantar).
  • Sila pastikan anda klik petak pengesahan ‘Saya mengaku bahawa maklumat yang di berikan dalam borang ini adalah benar …’ Permohonan anda hanya akan diproses sekiranya bahagian ini dilengkapkan.
  • Klik butang ‘Submit’ sekiranya anda telah berpuashati dengan semua maklumat yang diisi adalah tepat.
  • Anda akan dibawa ke paparan pilihan program selepas permohonan dihantar. Buat pilihan program mengikut urutan keutamaan. Permohonan anda akan diproses mengikut urutan pilihan program berdasarkan kelayakan akademik. Anda hanya akan ditawarkan satu (1)program sahaja.
Baca Juga :  Kalendar Cuti Sekolah 2017 Malaysia

Selepas Permohonan

  • Anda dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Sila guna No Rujukan Permohonan sebagai ID Pengguna dan No Kad Pengenalan sebagai katalaluan.
  • Anda boleh menyemak status permohonan dengan klik di atas banner “Application Status” dan masukkan nombor kad pengenalan. Jika anda ingin membuat pertukaran program, sila hubungi Seksyen Pemasaran & Pengambilan KPTM Ibu Pejabat 03 91795639 / 5637 atau e-mail [email protected]

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *