Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 1
Kredit Foto : rmc.edu.my

Adakah anda berminat ke MTD? Permohonan ke MTD untuk tingkatan 4 telah dibuka. Maktab Tentera Diraja MTD adalah pusat pendidikan lanjutan untuk tingkatan 4 dan seterusnya. Perbezaan ketara pengajian di MTD ialah berkonsepkan ketenteraan yang mana setiap penuntutnya diberikan lebih keistimewaan dalam pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, elaun dan banyak lagi. Selain itu lepasan MTD ini mempunyai masa depan cerah dalam bidang ketenteraan kelak.

Pengambilan dibuka ialah bagi yang berminat masuk ke tingkatan 4 di MTD. Oleh demikian, pelajar yang layak memohon adalah pelajar tingkatan 3 tahun 2015 ini. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023
Kewarganegaraan Warganegara Malaysia
Jantina Lelaki
Tinggi Minimum 152 sm
Berat Minimum 40.5 kg
Body Mass Index ( BMI ) 18 hingga 27
Ukuran dada 74sm ( biasa ) dan 79 sm ( tarik nafas )
Penglihatan Baik dan tidak rabun warna ( Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
Kesihatan Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
Akademik Memperoleh sekurang-kurangnya 7A di dalam PT3 2015 termasuk subjek Bahasa Melayu, Nahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Keutamaan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik

Cara Memohon ke MTD 2016

Sekiranya berminat anda boleh terus membuat permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut di Laman Rasmi MTD 2016 www.rmc.edu.my . Sekiranya anda layak akan dimaklumkan status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS ) selepas keputusan PT3 diumumkan.

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 30 November 2015. Sesi temuduga bagi calon dari semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2016, manakala bagi calon dari sabah Sarawak akan diadakan pada minggi ketiga januari 2016.

Kemudahan Percuma

  • Tidak dikenakan sebarang bayaran ( kecuali yuran PIBG )
  • Makanan
  • Penginapan
  • Buku teks
  • Buku kerja
  • Buku tulis
  • Alat tulis
  • Turut dibekalkan elaun wang saku RM 100 setiap bulan

Bagi yang berminat dan sanggup dengan aktiviti mencabar perlulah merebut peluang ini. Keberanian anda diperlukan demi tanahair tercinta. Untuk pengetahuan, anda juga berpeluang menyambung pengajian bersama MTD ini samaada ke IPTA ataupun berkhidmat lain selain ketenteraan.

16 thoughts on “Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2016

  1. minta pencerahan jika dilihat kepada syarat kelayakan untuk masuk MTD perlu mendapat 7A termasuk bm,bi,sn dan mt.Contoh jika seseorang pelajar itu mendapat 7A termasuk bm,sn,mt,bi lisan tetapi tidak A bagi bi ujian menulis,adakah itu telah memenuhi syarat kelayakan untuk masuk MTD.Sekian

  2. Assalamualaikum,saya ingin bertanyakan sesuatu kpd Tuan.Keputusan saya utk memperolehi 7A dalam Pt3 2015 mungkin agak sukar. Tetapi,saya mempunyai banyak sijil-sijil dalam bidang koko dan sukan.Adakah permohonan saya utk menyertai MTD boleh diterima? terima kasih

  3. Sekarang ni saya ada anak perempuan tingkatan 3 … Dia betul2 minat tentera … Tapi kenapa tiada kemasukan untuk perempuan ???
    Kalau boleh saya tahu apakah saluran yang sama seperti tentera ?????
    Saya betul2 nak mohonkan untuk anak saya … Beliau juga berminat..

  4. assalamualaikum…saya rasa saya tidak dapat skor 7A dalam peperiksaaan PT3…jadi saya harap tuan dapat faham maksud saya…saya harap tuan dapat memberi kelonggaran kepada saya untuk memasuki ke MTD nie…sebab saya amat meminati untuk masuk ke sekolah nie…saya harap tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini…terima kasih tuan..

  5. saya mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015..dan merupakan pelajar cemerlang sekolah baik dalam bidang sukan dan juga akademik. Beliau amat berminat untuk menyertai MTD adakah pihak MTD menyediakan peluang kemasukkan untuk pelajar tingkatan 1. kalau ya..bagaimanakah cara memohonnya. Sekian , terima kasih.

    1. Setakat ni dibuka untuk lelaki, mungkin dan xpasti pula bila dibuka untuk wanita..bergantung pada keperluan. Walaubagaimanapun ada bnyk lagi saluran untuk kearah yang sama. Boleh juga memohon untuk ke Universiti pertahanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *