Permohonan Mengulang SPM dan Pendaftaran Persendirian SPM 2012

37
151
SPMU

Bagi lepasan SPM yang ingin mengulang untuk mengambil SPM kembali, juga kepada yang berminat untuk mengambil peperiksaan SPM secara persendirian. Permohonan dan pendaftaran telah dibuka dalam tempoh 1 bulan mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2012.

Maklumat Penting SPM ( Ulangan )

  • Peperiksaan bertulis akan diadakan pada 12 Jun hingga 13 Jun 2012,
  • Syarat kelayakan mestilah pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/ SPVM/MCE
  • Borang pendaftaran boleh diambil di sektor penilaian dan peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
  • Untuk yuran, Calon dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
  • Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.
Baca Juga :  Intipati Bajet 2018 Warga Pendidikan

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM(U) 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai SPMU dan pendaftaran calon SPM persendirian, juga boleh dapatkan secara online di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

37 COMMENTS

  1. Sya pun nak amik spm tp mcm mna?kne amik semua mata pelajaran ke?cara2nya mcm mna.mhon penjelasan.sya cuma dpt amik pmr saje.sya ada maslh peribadi tp sya dh berumur 20.boleh lagi ke?minx tolong sngt2

  2. saya sudah ambil spm tahun ini..tapi sya gagal bahasa inggeris .bagaimana untuk sya ulang semula bhasa inggeris ini..

  3. hai selamat pagi..boleh sya tnya tak..?dulu sya tak periksa pmr tetapi suda mendaftar..kalau sya ambil spm rasa2nya blh dpat x..sebb sya ingin mgambil spm..please jawab..sya betul2 perlu tahu..
    ..

  4. salam , saya dah ambil spm pada tahun 2009 tapi saya gagal saya ingin ambil spm BM bolehkah saya ambil spm peper november

  5. Assalam . . Sy nak tanye sy xprnah mnduduki pperiksaan pmr dan spm scara jujur sy’ tapi sy nak memohon rasa2nya boleh ke tak??

  6. salam,saya nak tnye macam mne saya nak ambik SPM.last year saya berhenti sekolah tapi SPM daftar tapi saya tak pergi.so,macam mana kalau saya nak ambik SPM sekarang?

  7. salam, saya nak ulang 5 subjek. antaranya, b,melayu, english, math, sejarah dan science. semua subjek ni boleh ulang ke sebab sy nak tingkatkan result sy, nak senang cari kerja.one more question, amek exam ni, nak study balik everything masa form 5 ke? which means, mcm nak jawab paper sejarah so kena cover sejarah form 4 & form 5. thats all, thank you 🙂

  8. salam,saya dah ambil spm pada tahun 2012 tapi saya gagal saya ingin ambil spm bahasa inggeris dan bolehkah saya ambil peper repeat.

    Sumber : Permohonan Mengulang SPM dan Pendaftaran Persendirian SPM 2014

  9. aslmlaikm blh saya brtnya skt tntng ank saudara saya nk ambil peperiksaan spm thn 2014 atau 2015 mcm mna cara dpt nmbr kol dlm laman web atau laman web cara nk daftar ambl peperiksaan spm n umo 20 thn ke atas blh ke ank saudara saya ambl peperiksaan spm ni blh tak encik,cik n puan blh bntu saya pnya saudara…

  10. salam,saya tak penah duduk SPM,dan PMR,,tapi sy nak ambik tahun ni,,agak-agak boleh tak saya memohon SPM persendirian untuk tahun ini..

  11. Anak saudara saya mahu mengulang kertas BM SPM , tetapi nampaknya tarikh pendaftaran sudah tutup. bilakah dia boleh membuat pendaftaran untuk mengulangi peperiksaan BM? terima kasih

  12. Saya menduduki SPM 2012 tetapi sekadar lulus (D / E) subjek
    Mat Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Bolehkah saya menduduki
    semula SPM 2013 atau Julai 2013 bagi subjek tersebut sahaja?

  13. tinggal 6 hari je lagi sebelum tarikh tutup .. saya nak tau , satu subjek berapa kena bayar ? saya pernah dengar . untuk satu subjek-RM30 .so ambil 6 subjek .. RM180 .. untuk yuran pendaftaran berapa ? please reply A.S.A.P .. thank u

  14. saya pernah mengambil spm tapi tidak ada sijil. Oleh itu, saya ingin mengambil kembali spm. Bagaimana carany? Adakah saya perlu mengambil spmu atau mengambil baru spm?

  15. saya tak pernah menduduki peperiksaan spm,mcm mana nk mohon sbb syarat untuk menduduki spm utk calon persendirian mestilah pernah mendudukinya sebelum itu..

  16. salam…saya nak bertanya…masih adakah lagi paper july untuk subjek tertentu…contohnya english…dan bagaimanakan ingin memohon untuk mengambilnya…terima kasih

  17. salam..ada sesiapa boleh tlg x?kalau xpernah menduduki spm then nak ambil, macamana yaa? ada idea x? sbb kelayakan nak ambil SPMU mestilah da pernah menduduki SPM.

    • salam , saya dah ambil spm pada tahun 2009 tapi saya gagal saya ingin ambil spm sains dan fizik bolehkah saya ambil spm peper november

Apa Komen Anda :