Bagi lepasan SPM yang ingin mengulang untuk mengambil SPM kembali, juga kepada yang berminat untuk mengambil peperiksaan SPM secara persendirian. Permohonan dan pendaftaran telah dibuka dalam tempoh 1 bulan mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2012.
Maklumat Penting SPM ( Ulangan )
- Peperiksaan bertulis akan diadakan pada 12 Jun hingga 13 Jun 2012,
- Syarat kelayakan mestilah pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/ SPVM/MCE
- Borang pendaftaran boleh diambil di sektor penilaian dan peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
- Untuk yuran, Calon dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
- Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM(U) 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai SPMU dan pendaftaran calon SPM persendirian, juga boleh dapatkan secara online di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.
37 thoughts on “Permohonan Mengulang SPM dan Pendaftaran Persendirian SPM 2012”
Assalamualaikum saya nk tanya boleh tak saya dari spm 2015 nak ambil BM julai pda 2017
Sya pun nak amik spm tp mcm mna?kne amik semua mata pelajaran ke?cara2nya mcm mna.mhon penjelasan.sya cuma dpt amik pmr saje.sya ada maslh peribadi tp sya dh berumur 20.boleh lagi ke?minx tolong sngt2
saya sudah ambil spm tahun ini..tapi sya gagal bahasa inggeris .bagaimana untuk sya ulang semula bhasa inggeris ini..
Salam.. mcm mana sya nk ambik spm.sya daftar spm..tapi sya nk ambik spm.sbb tahun sudah syg berhnti sekolah..
Boleh saya
ulang paper bahasa melayu tahun ini, sebab saya
gagal sahaja
hai selamat pagi..boleh sya tnya tak..?dulu sya tak periksa pmr tetapi suda mendaftar..kalau sya ambil spm rasa2nya blh dpat x..sebb sya ingin mgambil spm..please jawab..sya betul2 perlu tahu..
..
macam mana nak ambik pmr dan spm….sebb saya dulu tak ambik….ada masalah peribadi
mcmmana nk daftar spmu
Bagaimana jika mahu mengulangi peperiksaan s.p.m..tolong saya,saye nk sangat lulus dalam s.p.m
awq daftar tahun dpan sbb tahun ny da x smpat..
Boleh saya ulang paper science tahun ini, sebab saya lulus atas sahaja
salam , saya dah ambil spm pada tahun 2009 tapi saya gagal saya ingin ambil spm BM bolehkah saya ambil spm peper november
Assalam . . Sy nak tanye sy xprnah mnduduki pperiksaan pmr dan spm scara jujur sy’ tapi sy nak memohon rasa2nya boleh ke tak??
salam,saya nak tnye macam mne saya nak ambik SPM.last year saya berhenti sekolah tapi SPM daftar tapi saya tak pergi.so,macam mana kalau saya nak ambik SPM sekarang?
Saya ingin mengulangi SPM bagi tahun 2014 dan lokasi sy di Papar, Sabah.
salam, saya nak ulang 5 subjek. antaranya, b,melayu, english, math, sejarah dan science. semua subjek ni boleh ulang ke sebab sy nak tingkatkan result sy, nak senang cari kerja.one more question, amek exam ni, nak study balik everything masa form 5 ke? which means, mcm nak jawab paper sejarah so kena cover sejarah form 4 & form 5. thats all, thank you 🙂
salam,saya dah ambil spm pada tahun 2012 tapi saya gagal saya ingin ambil spm bahasa inggeris dan bolehkah saya ambil peper repeat.
Sumber : Permohonan Mengulang SPM dan Pendaftaran Persendirian SPM 2014
aslmlaikm blh saya brtnya skt tntng ank saudara saya nk ambil peperiksaan spm thn 2014 atau 2015 mcm mna cara dpt nmbr kol dlm laman web atau laman web cara nk daftar ambl peperiksaan spm n umo 20 thn ke atas blh ke ank saudara saya ambl peperiksaan spm ni blh tak encik,cik n puan blh bntu saya pnya saudara…
salam,saya tak penah duduk SPM,dan PMR,,tapi sy nak ambik tahun ni,,agak-agak boleh tak saya memohon SPM persendirian untuk tahun ini..
boleh bro…tapi ko da lmbat next year la ye..aku pn cm ko je..taun ni bru amik…
Anak saudara saya mahu mengulang kertas BM SPM , tetapi nampaknya tarikh pendaftaran sudah tutup. bilakah dia boleh membuat pendaftaran untuk mengulangi peperiksaan BM? terima kasih
Saya menduduki SPM 2012 tetapi sekadar lulus (D / E) subjek
Mat Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Bolehkah saya menduduki
semula SPM 2013 atau Julai 2013 bagi subjek tersebut sahaja?
lokasi saya di Miri , Sarawak .
tinggal 6 hari je lagi sebelum tarikh tutup .. saya nak tau , satu subjek berapa kena bayar ? saya pernah dengar . untuk satu subjek-RM30 .so ambil 6 subjek .. RM180 .. untuk yuran pendaftaran berapa ? please reply A.S.A.P .. thank u
salam…saya nak tahu mcmna saya boleh ambik peperiksaan PMR dan di mna tempat yg saya boleh rujuk di area sabah?tq
Salam, boleh cuba ambil borang atau bertanya di Pejabat Pelajaran Daerah berdekatan..
saya pernah mengambil spm tapi tidak ada sijil. Oleh itu, saya ingin mengambil kembali spm. Bagaimana carany? Adakah saya perlu mengambil spmu atau mengambil baru spm?
Boleh cuba ambil semula SPM di sekolah swasta berhampiran, ataupun boleh dapatkan maklumat di pusat tuisyen berhampiran.
salam,,saya tak penah duduk SPM,dan PMR,,tapi sy nak ambik tahun ni,,agak-agak boleh tak saya memohon SPM persendirian,,
Salam, boleh cuba ke sekolah swasta untuk dapatkan maklumat lanjut.
Sye pun sme mcm awk,rse2 nye kne pgi ppd jgak lah
saya tak pernah menduduki peperiksaan spm,mcm mana nk mohon sbb syarat untuk menduduki spm utk calon persendirian mestilah pernah mendudukinya sebelum itu..
if i wan to take back my spm ulangan for tis november still can apply or not
salam…saya nak bertanya…masih adakah lagi paper july untuk subjek tertentu…contohnya english…dan bagaimanakan ingin memohon untuk mengambilnya…terima kasih
BOLEH DAFTAR LAGI KA YG AMBIL CALON PESENDIRIAN ? SAYA LAMBAT DAFTAR SBLM 31 MARCH .
salam..ada sesiapa boleh tlg x?kalau xpernah menduduki spm then nak ambil, macamana yaa? ada idea x? sbb kelayakan nak ambil SPMU mestilah da pernah menduduki SPM.
salam , saya dah ambil spm pada tahun 2009 tapi saya gagal saya ingin ambil spm sains dan fizik bolehkah saya ambil spm peper november