Permohonan Menyertai Program Pelayaran KLD Tunas Samudera 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Menyertai Program Pelayaran KLD Tunas Samudera 2013 1
Sumber Gambar : wikimedia.org

Bagi belia yang berminat untuk berlayar melalui Program KLD Tunas Samudera, permohonan dibuka dan borang permohonan hendaklah di hantar sebelum 6 September 2013. Program ini adalah dianjur bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Tentera Laut Di Raja Malaysia ( TLDM ). Untuk yang telah berlalu sebelum ini, pelayaran adalah bermula di Lumut, Perak hingga ke Langkawi, Kedah dan berakhir di Lumut.

Program KLD Tunas Samudera ini sebagai satu platform untuk mendedahkan peserta tentang asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran. Peserta yang diplih melalui orientasi untuk menguji kekuatan fizikal dan mental untuk memastikan mereka benar-benar berkemampuan untuk mengikuti program yang penuh dengan disiplin sebagai seorang tentera.

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Program KLD Tunas Samudera ini ditawarkan sebanyak dua kali setahun dengan menghadkan jumlah penyertaan seramai 24 orang bagi satu-satu pelayaran. KLD Tunas Samudera ini adalah sebuah kapal latihan milik TLDM,  dibina pada Disember 1988 di Lumbungan Brooke Yatch, Lowestoft, United Kingdom. Ia kemudiannya dilancarkan pada Ogos 1989 dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada Oktober tahun yang sama.

Bagi yang berminat, pastikan mengisi borag dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Sila Muat turun Borang permohonan ( KLIK SINI ) dan hantar borang tersebut mengikut alamat yang disertakan dalam borang sebelum tarikh tutup iaitu 6 September 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *