Permohonan MRSM Sabah/Sarawak 2013 Lepasan PMR

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan MRSM Sabah/Sarawak 2013 Lepasan PMR 1
Permohonan MRSM

Bagi lepasan PMR yang ingin ke MRSM untuk tingkatan 4 tahun 2013 bolehlah mula membuat permohonan. Permohonan MRSM untuk kali ini dikhaskan bagi kemasukan Sabah dan Sarawak ke Maktab Pendah Sains MARA ( MRSM ). Untuk Permohonan MRSM semenanjung, tarikh permohonan telah berakhir. ( RUJUK SINI ).

Kriteria Pemilihan MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Syarat Mohon Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak
  2.  Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Cara Mohon kata laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua  Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat pada hari keputusan PMR diumumkan secara rasmi.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan serta keputusan PMR, yang disahkan benar, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online. Klik Sini Untuk Permohonan Online
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

  (Permohonan Ke Tingkatan 4)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 2 Januari 2013.
  2.  Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada  7 Januari 2013.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Maklumat lanjut

Anda digalakkan rujuk iklan penuh untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, untuk pertanyaan boleh terus ke Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

One thought on “Permohonan MRSM Sabah/Sarawak 2013 Lepasan PMR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *