Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

KPM

Bagi yang tertunggu bila permohonan UPU dan penjualan Pin/ Unik ID untuk kemasukan ke IPTA tahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.

Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.

Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID : 20 Januari 2014

Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :

Kategori A ( Harga RM 10.60 )

  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.

Kategori B ( Harga RM 15.60 )

  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.

Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

39 thoughts on “Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

  1. hi miss…good evening.. i would like to ask you about when the due date or last date for buying the unique id at bsn for spm leavers? …. im kindly waiting for your answer.. thank you…

  2. spm 2011, bole isi kmasukkan upu 2014 x? tq..

  3. Lepasan matrikulasi 2013/2014 kategori b jugk kn?
    Kategori b ni untuk ijazah ke diploma..maaf..harap dapat membantu

  4. tlg dulu yaa .

  5. salam .bleh tnya .napa sya isi permhonan ..isi bhgian unik id .kena reply salah id .sedangkan no tu memang no unik id yg kwn tlg beli di bsn ..

  6. Boleh x lepasan asasi uia memohon untuk mengambil degree ke uni lain spt ukm,uitm atau upm?

  7. assalamualaikum .kenapa laman web http://upu.mohe.gov.my/ tak boleh bukak ? macam mana saya nak mohon ni ?

  8. pembelian no.pin upu ditutup ble?

  9. siti khadijah rohani yaakop says:

    salam..encik bagai mana nk isi borang pemohonan,saya dah beli no upu di bsn…tapi saya tidak tahu cara memohon

  10. salam..

    saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
    sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
    maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
    sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
    apa yang patut saya tulis di slip tu?

    nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?

    *bingung*

  11. salam…saya nak bertanya..semalam mak saya belikan no pin utk saya dan adik saya…bila saya tengok slip bank tu,adik saya kategori A sebab dia lepasan SPM..saya pula lepasan diploma politeknik,tapi dalam slip bank tu BSN letak kategori B (Rm15.60)
    sama ke tidak ye??? atau saya kena tukar kategori tu?? mohon membantu ye?

    • Budak Poli~ haha says:

      Betol dah tu kategori B. Saya pon ingat salah beli. Tapi dah call KPM dan KPM kata kena pakai kategori B. Kategori A untuk SPM je. Kalau x, xda guna kita buat diploma di Politeknik kalau sijil diploma tu setaraf dengan SPM. :)

  12. saya adalah lepasan diploma politeknik ,tetapi saya tak yakin dengan maklumat di atas .sebetulnya lepasan diploma politeknik adalah kategori A ????

  13. bilakah pembelian pin number UPU tutup? januari atau april?

  14. bilakah pembelian pin number UPU itu tutup? januari atau april?

  15. Salam , ayah sy telah membeli kod pn upu
    Pd 15/1/14 . Sy ktgeri b .adakah sy perlu bli yg bru?, tarikh sah laku kod pin upu tersbut pd 31/12/14 . adakah betol sy mblinya.

  16. saya sudah membeli no pin PADA 9/1 2014…adakah no pin ini boleh digunakan mengisi UPU untuk kemasukan 2014/15?? bukankah admin telah byatakan tarikh pembelian no pon adalah pada 20/1/2014?? agak confiuz :(

    (harap admin balas)

  17. salam, tarikh sebenar permohonan dan pembelian unik ID 7/1/2014 atau 20/1/2014 sperti yg dinyatakan? sebab dalam upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf kata Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015 dah dibuka sejak 7/1/2014

    • Salam, maklumat kami adalah berdasarkan surat yang diedar dari KPT. Untuk pengetahuan tarikh yang dinyatkan pada link tersebut ialh 7 / 1/ 2013 dan bukanya 2014.. tarikh tu adalh tarikh tahun lepas. terima kasih.

  18. berdasarkan informasi di atas, pembelian pin unik ID mempunyai dua kategori iaitu Kategori A dan Kategori B. saya merupakan lepasan diploma dari Politeknik dan saya ingin apply Ijazah di IPTA, tetapi, dalam kategori A menyatakan Lepasan Diploma Politeknik sebaliknya kategori B menyatakan Lepasan Diploma… Kedua-dua kategori telah mengelirukan saya untuk membeli pin unik ID. Bolehkah beliau menyelesaikan masalah saya ini? Saya kena beli pin unik ID dlm Kategori A atau B? Ada apa perbezaan antara Lepasan Diploma Politeknik dan Lepasan Diploma?

  19. Salam,

    tumpang tanya, boleh ke beli dua pin unik ID (kategori A dan B) sekaligus?
    Hal ini kerana saya ada asasi swasta, tapi saya risau tidak diterima utk degree, jadi nak cuba apply guna SPM dan lihat jika saya boleh mula semula dgn diploma IPTA.

  20. Untuk lepasan Diploma Politeknik kategori A or kategori B?

  21. salam, no pin ni untuk lepasan diploma juga ke? untuk ke semua ipta? ini untuk pengambilan bulan berapa ye? TQ.

  22. Weally Jeffry says:

    adakah pembelian unik ID boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN? atau tempat tertentu sahaja?

  23. kalau dah terbeli no pin pada bulan Oktober 2013,untuk lepasan SPM 2013, boleh tak guna untuk kemasukan 2014 akan datang sebab seperti mana kebiasaannya jualan no pin dijual adalah mulai Januari 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.