Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014 1
KPM

Bagi yang tertunggu bila permohonan UPU dan penjualan Pin/ Unik ID untuk kemasukan ke IPTA tahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.

Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA
Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.

Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID : 20 Januari 2014

Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :

Kategori A ( Harga RM 10.60 )

  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Kategori B ( Harga RM 15.60 )

  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.

Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

50 thoughts on “Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

  1. Assalamualaikum. Saya nk tnya boleh x lepasan asasi uia mengambil degree di uni lain spt usm,um,ukm??? Pls reply me. Tq.

  2. salam saya nak tanya…saya ada asasi swasta….boleh x saya nak mohon masuk ke degree ipta menggunakan asasi swasta?..
    dan kalau tidak boleh melalui online…bolehkah saya nak mohon rayuan melalui manual?…
    dan kalau buat mase skrang boleh ke saya nak mohon untuk degree sedangkan permohonan upu dah tamat?…

  3. Salam. Saya nak tanya. Saya pelajar asasi. Kalau nak beli di mesin atm tu, untuk option program lepasan tu, pilih matrikulasi ataupun stpm?

  4. Assalamualaikum, saya tersalah beli kategori pin iaitu kategori A . Sepatutnya saya beli kategori B. Apa saya harus buat?

    1. Waalaikumussalam.. tak ada beza.. pin UPU istilah dahulu2.. Unik ID UPU istilah sekarang. Kami gunakan istilah dahulu untuk lebih faham dan sedikit masa lagi kami gunakan istilah baru pula. TQ

  5. Kalau saya lepasan SPM 2013, bolehkah saya mohon UPU bagi tarikh terbuka yang terbaru? Let’s say the latest one is next year, 2015? boleh tak? umur saya pada tahun ini 18, ASAP reply pls, Thank you.

  6. hi miss…good evening.. i would like to ask you about when the due date or last date for buying the unique id at bsn for spm leavers? …. im kindly waiting for your answer.. thank you…

  7. Lepasan matrikulasi 2013/2014 kategori b jugk kn?
    Kategori b ni untuk ijazah ke diploma..maaf..harap dapat membantu

  8. salam .bleh tnya .napa sya isi permhonan ..isi bhgian unik id .kena reply salah id .sedangkan no tu memang no unik id yg kwn tlg beli di bsn ..

  9. salam..encik bagai mana nk isi borang pemohonan,saya dah beli no upu di bsn…tapi saya tidak tahu cara memohon

  10. salam..

    saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
    sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
    maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
    sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
    apa yang patut saya tulis di slip tu?

    nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?

    *bingung*

  11. salam…saya nak bertanya..semalam mak saya belikan no pin utk saya dan adik saya…bila saya tengok slip bank tu,adik saya kategori A sebab dia lepasan SPM..saya pula lepasan diploma politeknik,tapi dalam slip bank tu BSN letak kategori B (Rm15.60)
    sama ke tidak ye??? atau saya kena tukar kategori tu?? mohon membantu ye?

    1. Betol dah tu kategori B. Saya pon ingat salah beli. Tapi dah call KPM dan KPM kata kena pakai kategori B. Kategori A untuk SPM je. Kalau x, xda guna kita buat diploma di Politeknik kalau sijil diploma tu setaraf dengan SPM. 🙂

  12. saya adalah lepasan diploma politeknik ,tetapi saya tak yakin dengan maklumat di atas .sebetulnya lepasan diploma politeknik adalah kategori A ????

      1. Betol dah tu kategori B. Saya pon ingat salah beli. Tapi dah call KPM dan KPM kata kena pakai kategori B. Kategori A untuk SPM je. Kalau x, xda guna kita buat diploma di Politeknik kalau sijil diploma tu setaraf dengan SPM. 🙂

  13. Salam , ayah sy telah membeli kod pn upu
    Pd 15/1/14 . Sy ktgeri b .adakah sy perlu bli yg bru?, tarikh sah laku kod pin upu tersbut pd 31/12/14 . adakah betol sy mblinya.

  14. saya sudah membeli no pin PADA 9/1 2014…adakah no pin ini boleh digunakan mengisi UPU untuk kemasukan 2014/15?? bukankah admin telah byatakan tarikh pembelian no pon adalah pada 20/1/2014?? agak confiuz 🙁

    (harap admin balas)

    1. itu kami tak pasti.. sebab berdasarkan surat yg ada dengan kami tertulis sistem dan no pin akan mula dibuka pada 20 Jan 2014..tak pastilah kalau ada perubahan. Tapi biasanya akan dimaklum jika ada perubahan.

  15. salam, tarikh sebenar permohonan dan pembelian unik ID 7/1/2014 atau 20/1/2014 sperti yg dinyatakan? sebab dalam upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf kata Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015 dah dibuka sejak 7/1/2014

    1. Salam, maklumat kami adalah berdasarkan surat yang diedar dari KPT. Untuk pengetahuan tarikh yang dinyatkan pada link tersebut ialh 7 / 1/ 2013 dan bukanya 2014.. tarikh tu adalh tarikh tahun lepas. terima kasih.

  16. berdasarkan informasi di atas, pembelian pin unik ID mempunyai dua kategori iaitu Kategori A dan Kategori B. saya merupakan lepasan diploma dari Politeknik dan saya ingin apply Ijazah di IPTA, tetapi, dalam kategori A menyatakan Lepasan Diploma Politeknik sebaliknya kategori B menyatakan Lepasan Diploma… Kedua-dua kategori telah mengelirukan saya untuk membeli pin unik ID. Bolehkah beliau menyelesaikan masalah saya ini? Saya kena beli pin unik ID dlm Kategori A atau B? Ada apa perbezaan antara Lepasan Diploma Politeknik dan Lepasan Diploma?

  17. Salam,

    tumpang tanya, boleh ke beli dua pin unik ID (kategori A dan B) sekaligus?
    Hal ini kerana saya ada asasi swasta, tapi saya risau tidak diterima utk degree, jadi nak cuba apply guna SPM dan lihat jika saya boleh mula semula dgn diploma IPTA.

  18. kalau dah terbeli no pin pada bulan Oktober 2013,untuk lepasan SPM 2013, boleh tak guna untuk kemasukan 2014 akan datang sebab seperti mana kebiasaannya jualan no pin dijual adalah mulai Januari 2014.

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *