Permohonan Online IKBN 2015 Peluang Terbaik

Permohonan IKBN

Permohonan IKBN

Peluang baik, satu permohonan online IKBN dibuka untuk sesi kemasukan Januari 2015 nanti. IKBN atau Institut Kemahiran Belia Negara merupakan peluang baik untuk pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran bagi memenuhi tuntutan bidang pasaran kerja berkemahiran tinggi masa akan datang.

Permohonan IKBN ini terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur 18 – 30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran ( SKM / DKM/ DLKM ) Tahap 1-5, Persijilan JKKP, Persijilan Suruhanjaya Tenaga ( ST ) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara dalam bidang-bidang utama seperti dibawah :

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
Baca Juga :  SSO KPM Egtukar Perpindahan Guru Single Sign On

Syarat Utama Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18-30 tahun
  • Tamat tingkatan 5
  • Sihat tubuh badan dan belum berkahwin

Kelebihan dan kemudahan yang disediakan :

  • Tuntutan tambang penerbangan pelajar melibatkan perjalanan Sabah dan Sarawak
  • Elaun bulanan RM 100 – Rm 300 sepanjang tempoh pembelajaran
  • Penginapan, makanan dan minuman disediakan

Permohonan Online IKBN

Permohonan online IKBN telah disediakan, anda hanya perlu masukkan no kad pengenalan masing-masing untuk memohon. TETAPI, sebelum itu anda perlulah terlebih dahulu mempunyai pilihan kursus yang diingini berdasarkan syarat yang ditetapkan. Oleh itu, anda dinasihatkan merujuk syarat permohonan mengikut kursus yang disediakan ( Maklumat Lanjut ) .

Baca Juga :  Semakan Keputusan STPM Penggal 2 Tahun 2016

Menarik :

Sekiranya anda faham dan ingin membuat permohonan, bolehlah terus ke aplikasi permohonan yang disediakan ( Klik Sini ).

Tempoh permohonan : 24 September – 31 Oktober 2014

Pertanyaan dan maklumat lanjut :

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda dinasihatkan untuk terus menghubungi hotline : 03-88713651/ 3652/ 3653/ 3646/ 3685. Anda juga boleh menghubungi terus IKBN pilihan anda di setiap negeri di Malaysia. Semoga permohonan ke IKBN anda Berjaya.

Baca Juga :  Semakan Rayuan Matrikulasi Ambilan Kedua 2016/2017
Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*