Permohonan dan syarat memohon IKBN
Bagi pelajar lepasan SPM iaitu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti latihan kemahiran peringkat Sijil Kemahiran ( SKM ) Tahap 1 hingga 5, persijilan JKKP dan persijilan suruhanjaya Tenaga ( ST ) di Institut Kemahiran Belia Negara , Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Bidang utama yang ditawarkan
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi elektronik
- Teknologi tekstil
- Teknologi marin
- Teknologi makanan
- Teknologi fotografi
- Teknologi maklumat
- Teknologi personal
- Teknologi sukan
Syarat memohon
- Umur hendaklah antara 18-30 tahun
- Hendaklah tamat tingkatan 5
- Sihat tubuh badan dan belum berkahwin
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
- Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
- Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.
Maklumat Penting
- Iklan pemohonan penuh – KLIK SINI
- Permohonan Online ( SPM ) – KLIK SINI
- Permohonan Online ( SKM & ST ) – KLIK SINI
- Kemaskini Maklumat – KLIK SINI
Tarikh tutup permohonan : 24 Oktober 2011
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian berikut : 03-88713682 / 3513 / 3680 / 3685 / 3651 dan mengunjungi http://www.kbs.gov.my/


encik…macam mana saya nak mohon istitut kemahiran…?? saya memang nak masuk sebenarnya…tapi ade lagi tak mohon institut..??
Ada.. ia kadang2 sepanjang tahun..cuba taip permohonan kemahiran di menu carian xpresi..mungkiun ada lagi yang masih buka..kalau tak de..teruskan like fan page xpresi untuk dapatkan informasi terkini..