Permohonan Online Jurulatih PLKN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
plkn
PLKN

Tahukah anda, PLKN juga membuka permohonan online untuk jawatan-jawatan di kem PLKN. Permohonan dibuka secara online bagi yang berminat dan boleh terus mengisi kekosongan yang ada dalam PLKN.

Menjadi jurulatih PLKN juga adalah tugas yang mencabar apabila perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga pelatihnya dari banyak aspek. Selain itu jurulatih perlu memastikan pelatih menerima latihan dengan sebaiknya serta mencapai matlamat dalam latihan.

Sebenarnya permohonan online yang dibuka bukanlah untuk jawatan jurulatih semata-mata. Ada juga jawatan lain seperti penolong dan sebagainya. Dibawah adalah jawatan yang dibuka permohonan di Laman rasmi PLKN :

  1. Gred N41 – Timbalan Komandan latihan
  2. Gred S27 – Penolong Pegawai Kesatria
  3. Gred S17 – Pembantu Kesatria
  4. Gred S17 – Pembantu hal ehwal islam
Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Gaji minimum yang ditawarkan pula bermula sekitar RM 900 hingga RM 2000 mengikut jawatan dang red yang disandang nanti.

Nampaknya ada banyak juga jawatan yang dibuka, setiap jawatan pula mungkin diperlukan di cawangan yang ada seluruh Negara.

Permohonan Online Jurulatih PLKN

Bagi yang berminat dan memenuhi syarat, anda bolehlah ke Laman Rasmi Permohonan PLKN untuk membuat permohonan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda dinasihatkan untuk merujuk dan menghubungi :

Jabatan Latihan Khidmat Negara, Aras 2-5, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur, Tel : 03-40274747 ( urusan pelatih PLKN ) 03-40274000 ( urusan pejabat ) atau email ke : [email protected]

Semoga permohonan anda Berjaya dan dapat memulakan cerita baru dalam dunia kerjaya anda.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

 

18 thoughts on “Permohonan Online Jurulatih PLKN

  1. Hai assalammualaikum…. Saya syukuri dari Ipoh Perak… Saya berminat untuk mengisi jawatan kekosongan sebagai jurulatih PLKN..tapi saya tidak tahu bagaimanakah caranya…saya merupakan bekas Pelatih plkn siri 2/2013 dan juga merupakan komander kesatria UITM dan telah tamat ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (K)..bole menerima tugasan dari mana2 bahagian

  2. asalamukalaikum,saya nak bertanya,saya berminat sangat untuk menjadi jurulatih plkn,dan saya ingin bertanya bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan,dan saya juga ada pengalaman dalam kawad dari sekolah lagi, saya juga pernah mengikuti program latihan khidmat Negara,saya bermohon sangat bantu saya sebab saya betul2 ingin memohon pekerjaan itu saya berharap sangat untuk membantu saya.saya plkn kumpalan 1 siri 9 2012 dari kem san shui tawau ,sabah .

    Sumber : Permohonan Online Jurulatih PLKN

  3. saya Hidayah ingin bertanya adakah masih ada kekosongan jawatan bagi jurulatih saya bekas pelatih plkn thn 2006 siri ke2..saya ingin memohon kalau ada kekosongan

    Sumber : Permohonan Online Jurulatih PLKN

  4. Salam ada lagi tak jawatan kosong jurulatih plkn.sya bekas askar wataniah.klu ada lg sya nk mohon

  5. Saya mohamad adlan bin ab hamid..bekas tentera ingin menjadi jurulatih..sila terangkan dimana perlu memohon

  6. saya ieda ingin bertanya adakah masih ada kekosongan jawatan bagi jurulatih saya bekas pelatih plkn thn 2006 siri ke3..saya ingin memohon kalau ada kekosongan

  7. Saya muhammad firdaus bin shafie saya bekas pesara tentera dan ingin memohon jawatan kosong jurulatih PLKN tapi tdk tahu bagaimana caranya, boleh sesiapa bantu saya untuk mohon jawatan tersebut.

  8. AS’SALAMMUALAIKUM ..
    Saya NURSURAYA ingin bertanya bagaimanakah kalau kita ingin memohon JAWATAN KOSONG sebagai JURULATIH PLKN..saya dulu bekas PLKN dan Bekas BSKN JOHOR.. Saya ingin memohon JAWATAN KOSONG JURULATIH PLKN kerana saya sangat berminat dengan PLKN…Mohon Jasa Baik Anda Semua Bagaimana saya ingin memohon jawatan tersebut..

  9. saya zemri bin sehek saya seorang pesara tentera. ingin memohon jawatan sebagai seorang jurulatih plkn.

  10. asalamukalaikum,saya nak tanya,saya berminat sangat untuk menjadi jurulatih plkn,dan saya ingin bertanya bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan,dan saya juga ada pengalaman dalam kawad dari sekolah hinga peringkat kebangsaan saya juga pernah mengikuti program latihan khidmat Negara,saya bermohon sangat bantu saya sebab saya betul-betul ingin memohon pekerjaan itu saya berharap sangat untuk membantu saya.

  11. assalamualaikum ..
    Saya Nor Syafikah Binti Mohd Noh, Umur 22 tahun, Asal dari Johor.
    Saya nak bertanya,saya berminat sangat untuk menjadi jurulatih plkn,dan saya ingin bertanya bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan,dan saya juga ada pengalaman dalam kawad dari sekolah lagi, saya juga pernah mengikuti program latihan khidmat Negara,saya bermohon sangat bantu saya sebab saya betul-betul ingin memohon pekerjaan itu saya berharap sangat untuk membantu saya.

    Sumber : Permohonan Online Jurulatih PLKN

  12. salam sejahtera dn salam satu malaysia sy pesara tentera jawatan terakhir ksmj di palapes utm skudai,sy berminat dalam bidang jurulatih kawad,senjata, ikhtiar hidup itu dlm tentera,di dlm kursus awam sy ada kursus rekreasi level 1,level 2, level 3 dn juga National challenge Rope Course level 1,2,3 sekiranya ada jawatan kosong sy mohon untuk mjadi jurulatih diplkn di sarawak

  13. ASSALAMUALAIKUM.SAYA SAMSUDDIN BIN MAT HASSAN .SAYA SEORANG PESARA TENTERA.SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MENJADI JURULATIH PLKN.SAYA SEORANG PESARA PEG WAREN 2.JAWATAN SAYA TERAKHIR SEMASA BERKHIDMAT DI DALAM ATAM SEBAGAI KSM DAN SMK KURSUS DI BN KE 19 RAMD MECH.KAWAD DAN SEGALA ASPEK LATIHAN TENTERA ADALAH JOB SPECS SAYA.MOHON PIHAK TUAN MEMBERI PERTIMBANGAN

  14. asalamukalaikum,saya nak bertanya,saya berminat sangat untuk menjadi jurulatih plkn,dan saya ingin bertanya bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan,dan saya juga ada pengalaman dalam kawad dari sekolah lagi, saya juga pernah mengikuti program latihan khidmat Negara,saya bermohon sangat bantu saya sebab saya betul2 ingin memohon pekerjaan itu saya berharap sangat untuk membantu saya.

Leave a Reply to sitinorazimah bte mohd salleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *