Permohonan Online Ke UiTM Kemasukan 2012/2013

Permohonan Online Ke UiTM Kemasukan 2012/2013

by fiziesss on January 11, 2012

Pengambilan UiTM 2012

Info ini bagi yang berminat membuat permohonan untuk kemasukan ke UiTM bagi tahun kemasukan 2012/2013. Pemohon hendaklah daripada calon Bumiputera warganegara Malaysia untuk layak mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA UiTM.

Cara Membuat Permohonan ke uITM 2012/2013

  • Untuk memohon terlebih dahulu membeli no pin melalui Bank SImpanan Nasional BSN berhampiran mulai 9 Januari 2012 ( isnin ) dengan menggunakan no kad pengenalan pemohon ( bukan wakil ) pembelian no pin boleh juga dibeli melalui mesin ATM/MyBSN/SMS banking. ( pembelian no slip sebelum 9 Januari 2012 adalah tidak sah digunakan )
  • Semasa membeli no pin, hendaklah memberitahu jenis peringkat program yang ingin dimohon kerana harga pin adalah berbeza mengikut peringkat program yang ingin dimohon.
  • Memohon dengan ke laman web permohonan serta maklumat penuh di  http://online.uitm.edu.my bermula 9 Januari 2012
  • Tarikh tutup permohonan online ialah pada 10 Febuari 2012 ( Jumaat )

Peringkat yang ditawarkan di UITM 2012/2013

  • Penerapan ( khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM mengikut kategori pengajian )
  • Profesional
  • Pengajian Luar Kampus ( PLK )/ setara sepenuh masa ( ss )

Iklan Penuh Kemasukan ke UiTM 2012/2013

Anda dinasihatkan untuk melihat iklan penuh ( KLIK SINI ) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih tepat.

Maklumat lanjut dan pertanyaan :

Pengarah

Bahagian Pengambilan Pelajar,

Bangunan UiTM International Center ( UIC )

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah ALam

Selangor darul ehsan

No tel 03-55443164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175

www.pengambilan.uitm.edu.my

email : [email protected]



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 79 comments… read them below or add one }

yus January 9, 2013 at 5:03 pm

berminat nak buat part time degree di uitm.. malangnya pointer diploma saya xcukup syarat.. adakah saya masih boleh membuat rayuan kemasukan?

Reply

danial January 7, 2013 at 11:04 pm

saya ingin bertanya jikalau saya mahu masuk uitm shah alam. boleh kah menggunakan sijil skm? saya ingin sambung diploma?

Reply

NUR AFIFAH November 21, 2012 at 2:39 pm

sy plajar sem 1..
sy nk brtye..
kalau di result kluar d1,apa mksudnya???

Reply

hanis November 14, 2012 at 12:45 pm

saya terlepas untuk membeli number pin . macam mana saya hendak memohon ? adakah saya boleh membeli pin kod tu selepas mendapat result spm pada tahun 2013 ?

Reply

nurul October 24, 2012 at 9:31 am

saya lepasan SPM 2008 skrg sy tgh bekerja di 1 syarikat.masih layak kah saya utk memohon pengajian diploma di mana2 UITM..krn saya sgt2 berharap utk dapat menyambung pelajaran saya..

tlg saya………

Reply

QStaff2 November 17, 2012 at 9:23 am

Boleh, sebenarnya kemasukan ke Universiti tidak mengira umur. Jika permohonan dibuka cubalah mohon.

Reply

syafi September 21, 2012 at 7:17 pm

saya terlepas untuk mengisi borang permohonan bagi sesi 2012/2013 yang tutup pada tarikh 26ogos 2012. saya tidak ingin ketinggalan untuk intake yang kedua ini jadi apakah initiatif yang boleh saya buat untuk memohon?

Reply

Aimran August 16, 2012 at 10:19 pm

Sy sedang belajar di uitm dlm kos diploma sains AS120 sem 3. Tp sy x blh bwk kos ni. Sy pny pointer rendah. Blh ke sy tukar kos? Klau blh nk tukar ke aliran sastera. Bgaimana cara ny?

Reply

aisyah August 4, 2012 at 12:58 pm

mak ayah saya bukan warganegara tetapi mereka telah mendapat kelayakan warganegara beberapa tahun lepas, adakah saya tidak layak memohon?

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:18 am

Kalau tak silap sy UITM ini untuk bumiputera, tetapi ada juga pengambilan untuk bukan bumiputera..betulkan kalau sy silap..

Reply

aisyah August 4, 2012 at 12:48 pm

mak ayah saya bukan bumiputera tetapi mereka telah mendapat kelayakan warganegara beberapa tahun lepas, adakah saya tidak layak memohon?

Reply

ramlah July 17, 2012 at 6:27 pm

sye membuat pmohonan ke uitm bgi pngambilan bln 12 .pemohonan tu hanya boleh dikemaskini 3 kali shj,sye telah mengemskini sbnyk 4 kli,..pmohonan sye diterima atau terbtal??

Reply

normala June 22, 2012 at 9:31 am

saya memang nak sambung bljar sgt2 saya gagal math, ya allah susahnya nak sambung bljar, tlg saya

Reply

QStaff2 July 27, 2012 at 8:49 am

Tak apa normala.. ada banyak lagi peluang seperti masuk ke tingkatan 6.. masih cerah masa depan normala

Reply

alice June 19, 2012 at 12:49 pm

alice lepasan spm 2010 dan berumur 19.sekarang alice bekerja sebagai kerani……tpi alice ade niat nk smbong belajar secare plk…..tpi hri tu alice ade tnye….untuk belajar sambil bekerja just untuk pelajar berumur 21 tahun ke atas….soo,, boleh tolong bgi menerangan yg sejelas2nya mengenai perkara ini….

tolong laa bantu….

Reply

fadzreen June 15, 2012 at 10:50 am

assalamualaikum…sya lepasan spm 2011.sya nak tanya adakah sya masih boleh memohon untuk dploma kejuruteraan mekanikal …atau sya kena tunggu tahun depn?

Reply

DIN May 11, 2012 at 3:11 am

saya mengambil spm 2008,adakah masih boleh saya menyambung ke peringkat diploma?

Reply

QStaff2 May 23, 2012 at 10:23 am

Rasanya boleh..

Reply

akmal April 29, 2012 at 7:57 pm

saye baru je dapat result sem 2 d uitm…dan saye telah d dismiss d1……ap yang patot saye lakukan utk msuk smula k uitm???

Reply

dekan September 17, 2012 at 8:55 pm

hmmm…saya nasihatkan awak apply kerja mc donald atau 7 eleven utk cari pengalaman.bagi peluang org yg nak belajar bersungguh sungguh

Reply

FADHILAH April 24, 2012 at 4:00 pm

SALAM.NPE SSAH NAK MHON ONLINE???????CMNE NAK MHON..

Reply

arijan April 23, 2012 at 2:06 pm

bila tarikh tutup bg permohonan pra dploma uitm?

Reply

nurul94 April 7, 2012 at 11:24 am

SY LEPASAN SPM 2011…SY INGAT NAK APPLY UNISZA DGN UITM,KALU MCM TU,SY KENA BELI NO PIN UTK UNISZA DGN UITM DGN HARGA YG SAME KE LAEN-LAEN ?

Reply

am April 3, 2012 at 5:04 pm

salam.saya lpasan spm 2008.saya dah isi borang upu.adakah saya perlu menghantar apa2 dokumen pda pihak pengambilan?

Reply

syafiq May 11, 2012 at 3:06 am

am,kau tahun 2008 spm?sama dengan aku?kau baru nak ambil diploma?kenapa lewat?

Reply

AIZAD April 2, 2012 at 1:15 am

Salam…nk tanya..kalau dh apply program penerapan Uitm, yg application through upu punya automatic terbatal tak?

Reply

QStaff1 April 5, 2012 at 8:23 am

Salam..tak batal Aizad

Reply

amin March 29, 2012 at 1:01 pm

salammm.tumpang tanya saya adalah pelajar dgree uitm dan saya telah mndapat status dismiss D1.bolehkah saya untuk memasuki uitm lg?jika boleh adakah dibenarkan utk mengambil kos yg sama ?

Reply

suhaida March 22, 2012 at 11:50 pm

Adakah sudah terlambat utk memohon bg yg baru dapat result SPM 2012 ????

Reply

lydia March 26, 2012 at 4:50 pm

macam dah terlambat je. bila kemasukan yang paling latest utk uitm ?

Reply

nadirah March 22, 2012 at 9:49 am

salam, result spm bagi calon 2011 baru saja keluar. jadi, bila saya boleh mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke uitm?

Reply

nadirah March 22, 2012 at 9:47 am

salam. saya keliru skg ni. result spm untuk calon 2011 baru saja keluar. jadi bila saya boleh mengemukan permohonan?

Reply

Nin March 22, 2012 at 3:12 am

Salam,saya lepasan spm 2011…saya nak mohon ke uitm tapi tak sempat isi lg……tengok tengok pemohanan utk uitm ni dah tutup pd 10/2.
Tuan tumpang tanya,bilakah pemohonan kali ke 2 ada?

Reply

fiziesss March 25, 2012 at 1:23 am

Salam..ada lagi..dlm bln 6 ni kot..tp sy tak pasti sngt skrg ni..tapi biasanya ada 2x pemohonan

Reply

ati March 21, 2012 at 10:22 am

salam.

kalau belum ambil muet lg, boleh x nk mohon smbg degree kt ipta?
saya lepasan diploma ipts..kiranya saya akan ambil muet ms smbg degree 2 la? tolong reply te…terima kasih.

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 8:25 pm

Salm..rasanya boleh ati

Reply

hanis February 27, 2012 at 3:26 am

salam..sya kategori c iaitu lepasan spm 2008..mcmmna nk mohon..bole pakai no pin yg lepasan spm 2011 pnya ke kna bli lain..dan bila permohonan ke-2 uitm akan dibuka..harap dapat tolong saya

Reply

syiera February 22, 2012 at 5:05 pm

salam. .boleh x klo sy nk bli no pin uitm ktegori profesional. . .
mmg laa dh lbih dr tarikh tutup 10 feb. .
tp dye ckp permohonan ktegori profesional di lnjutkn hingga 30 mac. .
harap sesiapa leh bntu. .
tq. .

Reply

fiziesss February 27, 2012 at 1:54 pm

Salam.. untuk kategori profesional tu kne tengok juga yang diminati.. saya rasa bukan semua yang buka lagi.. kalau masih buka, cubalah memohon yer..selamat berjaya..

Reply

SYIFA February 15, 2012 at 4:53 pm

boleh lagi ke nak beli no pin

Reply

Mustakim February 14, 2012 at 4:41 pm

assalamualaikum, saye nak tanye sikit, saye ni lepasan spm 2011 , adekah permohonan ini sama dengan apa yang kita isi dalam upu ? sbab saya berminat nak buat asasi kejuruteraan di uitm selepas keputusan keluar pada bulan mac ini .. sya takut terlepas je .. mtrikulasi dah terlepas dah , tkut x boleh belajar lpas ni ..

Reply

QStaff1 February 16, 2012 at 9:49 am

Waalaikumussalam..tak sama..ia kena beli no pin lain2..

Reply

Mustakim March 1, 2012 at 7:15 pm

Kalau begitu bilakah tarikh tutup permohonan untuk asasi kejuruteraan di UiTM. Saya kurang faham informasi yang ditulis di laman web untuk program asasi tersebut. Adakah asasi untuk kejuruteraan dibawah program professional ? harap membantu..

Reply

huhu February 10, 2012 at 11:44 am

salam.nk tnya..untuk permohonan penerapan ke uitm yang tamat pada 10/2…arini..
jika terlepas ad x cara nk memohon untuk kemasukan bln 9??

Reply

QStaff1 February 13, 2012 at 9:59 am

Salam..ia tengok keadaan..tapi biasanya setahun ada 2x dibuka..

Reply

nurhuda February 9, 2012 at 12:51 pm

salam….sy nie lpsn spm 2011…sy nk tny bagaimana cara nk isi borang utk kemasukan uitm nie..? saya ada beli no pin utk program profesional…no pin yg sy beli tu betul ke salah..?

Reply

QStaff1 February 13, 2012 at 9:57 am

salam, ia tengok juga pada kategori nurhuda sekarang..sila tengok pada post untuk kenalpasti kategori nurhuda.

Reply

Caroline February 6, 2012 at 10:57 am

apakah cetakan akreditasi MQA dan bagaimana daptkan nya?

Reply

QStaff2 February 7, 2012 at 11:08 pm

MQA ialah satu surat yang menyatakan program dan institusi yg sebelum ini adalah lulus pengiktirafan..pengiktirafan diberi adalah kerana kemudahan, cara pendidikan dan laian2 di tempat tersebut memenuhi garis panduan ditetapkan..belajar di institusi yang tiada MQA akan menyukarkan cari kerja nanti..cetakan akreditasi boleh didapatkan di laman web MQA

Reply

Nur hidayah February 4, 2012 at 2:18 am

Salam, saya nak Tanya, saya dapat tawaran untuk ijazah dalam uitm dalam program penerapa, dalam masa yg sama saya telah memohon upu..jika saya menerima tawaran ijazah tersebut adakah permohonan saya untuk upu masih diterima atau dibatalkan..Terima kasih.. :-)

Reply

fiziesss February 4, 2012 at 8:54 am

Salam..kalau sebelum ini ia akan terbatal dengan sendiri salah satu..tapi untuk permohonan berbeza kali ni xpastilah..harap2 mcm dulu jgk..

Reply

nurul nadiah February 11, 2012 at 4:42 pm

salam tuan..sye merupakan pelajar lepasan spm 2011..sye terlepas dalm permohonan kemasukan uitm 2012..adakah sye berpeluang untuk memohon kembali..?

Reply

nadia February 4, 2012 at 1:10 am

saye merupakan pelajar ipta.tetapi saye mengalami masalah dalam cos yg diambil.bagaimana jika saya ingin menyambung degree di uitm?ini krana saya terlepas utk memohon kemasukan sesi2????

Reply

athira sanzac February 1, 2012 at 10:52 pm

Tuan, apa maksud tuan kalau beli no sebelum 9 jan 2012 xsah digunakan?saya adalah lepasan spm 2011

Reply

QStaff1 February 3, 2012 at 9:32 pm

maaf, mungkin fiziesss tersalah jawab di ruangan lain di sistem kami..mungkin maksud fiziesss tu bagi permohonan UPU bukan permohonan ke UITM..

Reply

usamah January 31, 2012 at 2:09 pm

salam.tarikh akhir mengisi borang upu untuk fasa 1 ialah pd bulan disember thn lps ,masalahnya apa yg perlu sya lakukn setelah sya terlepas untuk mengisi borong ketika fasa 1,adakah sya masih berpeluang memasuki ipta?

Reply

QStaff1 February 3, 2012 at 9:13 pm

Salam, masih boleh..isi fasa dua yg dibuka kini..

Reply

QStaff1 February 3, 2012 at 9:21 pm

rasanya isi boleh..no pin yg dah tutup..

Reply

naja wishal January 27, 2012 at 11:53 pm

slam tuan.sy plajar lpasan spm 2011..sy nk bt permhonan msuk ke uitm tp sy xthu mcm mne cranye..blh tuan bg sy tnjuk ajr..

Reply

fiziesss January 28, 2012 at 9:31 am

Salam, boleh..setakat saya mampu..apa yang nak saya bantu?

Reply

Atika February 3, 2012 at 5:08 pm

salam.. sye pljr spm 2011, sye nk mhon uitm 2012 tp sye x thu nk mhon mcm mne?? yg buatkn sye confuse sye x tahu nk plih program ape? samada penerapan/profesional/plk..tlong sye

Reply

QStaff1 February 3, 2012 at 9:43 pm

Salam..huhu..soalan atika sy xdpt jawab sebab ia terlalu luas..mungkin boleh diperincikan apa yg perlu sy bantu dahulu..

Reply

WARDAH ABDUL WAHID January 19, 2012 at 2:00 pm

Salam,,, saya pelajar asasi sains UiTM… saya ingin memohon diploma kejuruteraan mekanikal sesi 2012… apa yang harus saya lakukan untuk terus diserap masuk ke UiTM untuk pengajian diploma tahun ini… sedangkan saya sedang mengikuti pengajian asasi sains yang sepatutnya menyambungkan pengajian ke degree… tapi saya berhasrat untuk mengambil diploma terlebih dahulu… tolong terangkan,, ape yg harus saya lakukan??

Reply

fiziesss January 21, 2012 at 12:40 pm

SAlam..kenapa minat masuk diploma? jika masuk ijazah ia lebih menguntungkan masa dan kos..di jazah juga ada disediakan program ijazah kejuruteran mekanikal..

Reply

Muhammad Asraf Aziz January 18, 2012 at 10:32 am

salam,bila uitm buka untuk program diploma

Reply

Najihah January 16, 2012 at 9:05 am

salam..nk tanya..kata laluan borang upu fasa 1 6-8 je..tp saya buat 9 kata laluan…adakah kata laluan saya jadi 8 ataupun yang ke 9 tu x termasuk masa saya isi borang upu???boleh terangkan x?

Reply

fiziesss January 17, 2012 at 6:59 am

SAlam..aik..cuba najihah tengok betul2..dapatkan kawan terdekat untuk baca no pin tu..mungkin salh baca..

Reply

miera January 15, 2012 at 6:33 pm

UNTUK ISI UPU,GUNE NO PIN UOU..KALAW NAK ISI UITM KENE GUNE NO PIN LAEN EK?XLEH GUNA NO PIN UOPU KE..TQ.

Reply

fiziesss January 15, 2012 at 11:17 pm

Tak boleh la.. :) untuk UITM, USM pengambilan dia kne beli pin lain..

Reply

mimi January 15, 2012 at 5:58 pm

salam,mcm mana nk ckp kte nk beli no pin tu kat bsn?n “Semasa membeli no pin, hendaklah memberitahu jenis peringkat program yang ingin dimohon kerana harga pin adalah berbeza mengikut peringkat program yang ingin dimohon”,bagi saya yg bru lepas spm nie beli no slip bsn peringkat ape?beli no slip bsn bagi kategori profesional@penerapan@program luar kampus?
or kite boleh main beli jea no.pin tu tanpa amek tau ttg jenis peringkat?huahua….confuse laa..harap uncle dpt tolong yea…saya dah xtau nk tnye sape..time kaseh

Reply

fiziesss January 15, 2012 at 11:21 pm

salam..bgtau je mimi lepas SPM..nak mohon IPTA…:)

Reply

najwa January 18, 2012 at 5:17 pm

salam ,saya ni lpasn spm 2011, sya ad mslh yg sma dgn mimi..tp sy nk mohon uitm..tpcmne nk isi borang tu sbb dia beri kategori professional/penerapan/program luar kampus dn stu lg kt kne bli no pin yg bru ek utk mohon uitm?tlg sya dh konpius sgt dh nie:(

Reply

QStaff1 January 21, 2012 at 12:13 pm

SAlam..untuk pin tu memang kne beli baru..berlainan untuk UPU, UITM ,USM.. untuk kategori tu..susah sy nak terangkan..cuba baca baik2 kategori di http://online.uitm.edu.my/ tu.. cuba klik pada e-BORANG disitu ada penerangan pada kategori2..

Reply

fareha January 14, 2012 at 3:33 pm

assalamulaikum tuan. semasa nak isi borang uitm itu kita perlu isi result spm sedangkan result belum keluar. macam mana tu tuan? terima kasih tuan.

Reply

fiziesss January 15, 2012 at 6:54 am
juliya January 11, 2012 at 12:07 pm

saya dah beli numbo pin.saya cadang igin memohon uitm selepas isi borang upu tu…..tp boleh ke gune numbo pin yg sama tuk borag yg lain? 9 januari? boleh beli lg ke numbo pin yg lain selepas tarikh tu?

Reply

fiziesss January 12, 2012 at 12:57 pm

Uitm dan UPU guna pin yang berasingan..pin bleh beli sehingga april kalau tak silap sy..

Reply

Muhammad Asraf Aziz January 16, 2012 at 1:13 pm

Salam, saya asraf dan lepasan spm 2008. Kalau upu dia ada banyak jenis kategori.Saya kategori c iaitu lepasan spm 2008,masalahnya saya tak tahu nak beli no.pin bagi kategori ini di BSN.Kalau lepasan spm mungkin untuk lepasan spm 2011.Masalah sekarang ni bagi kategori c.Harap tuan dapat membantu.Sekian terima kasih.

Reply

fiziesss January 17, 2012 at 6:57 am

Sala, sy tengok..xde plak kategori utk spm 2008..sepatutnya ada dan boleh mohon..cuba tnya staff BPKP di karnival Jom masuk U yer..

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: