Permohonan Online Pengajian MARA, IKM, GMI, UniKL Sesi Julai 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Online Pengajian MARA, IKM, GMI, UniKL Sesi Julai 2012 1
UPIM

Bagi yang berminat untuk ke Institusi kerjasama MARA seperti KPM, GMI, KPTM, IKM, UniKL, KKTM, KM untuk kemasukan julai 2012. Permohonan online mula dibuka mulai mac 2012. Proses permohonan institusi-institusi berkaitan diuruskan melalui Unit Pusat Institusi MARA ( UPIM ). Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat.

Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2 kali setahun kecuali Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK) hanya sekali setahun sahaja di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan.

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Antara Institut dibawah permohonan yang dibuka kini ialah :

  • Kolej Profesional MARA ( KPM )
  • Kolej Poly Tech MARA ( KPTM )
  • German Malaysia Institute ( GMI )
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM )
  • Institut Kemahiran MARA ( IKM )
  • Universiti Kuala Lumpur ( UniKL )

Panduan Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu membaca dengan teliti panduan penggunaan permohonan yang disediakan mengikut langkah-langkah yang disediakan.

Permohonan Online boleh dibuat menerusi pautan yang disediakan mengikut panduan dan pilihan calon.

Permohonan dibuka pada : 1 Mac 2012

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda dinasihatkan melihat butiran penuh iklan KLIK SINI ataupun boleh menghubungi :

Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077

UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027

GMI : 03-8921 9047 / 9288

KKTM : 03-261 34605/ 34612

KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

35 thoughts on “Permohonan Online Pengajian MARA, IKM, GMI, UniKL Sesi Julai 2012

  1. Saya liyana..Berasal dari Rawang..Saya ingin melanjutkan pelajaran pada bulan julai jika ada kekosongan atau bulan 9..Harap dapat maklum balas dengan segera..

    Sekian terima kasih

  2. salam so how,saya bekas pelajar matriks baru-baru ni,Macammana ye kalau mahu buat permohonan untuk kemasukan ke unikl.Saya nak cuba mohon and bila ye dia punya intake?bulan brapa?

  3. Anak saya ada mohon utk masuk ikm 2016..mcmna saya nk tau dapat masuk atau tidak…tolong yer..tq

    1. Mohon bila tu? sebab rasanya tarikh tutup permohonan baru shj ditutup 29 April bulan lepas.. kemasukan dia bulan 7..mungkin dalam 2-3 minggu atau bulan 6 ni keluar keputusan.. Tapi mungkin minggu ke 2 bulan ni.

  4. Salam, saya lepasan spm 2013 dan dpt straight a..skrg saya tgh bljr engineering di uniten tetapi saya berasa tidak mampu dan boleh x klu saya nak apply perakaunan utk intake jan 2015 bg

  5. Salam, saya lepasan spm 2013 dan dpt straight a..skrg saya tgh bljr engineering di uniten tetapi saya berasa tidak mampu dan boleh x klu saya nak apply utk intake jan 2015 bg acca kptm kl

  6. Apakah peluang untuk anak saya melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran sedangkan keputusan SPM anak saya adalah spt berikut:
    BM D, BI D, Matematik E, Science E, Sejarah D, Geografi D, KHB – Perdagangan dan Keusahawanan D, Pendidikan Islam E

    Terima kasih

    1. Kebiasannya pengambilan ada 2 kali.. pertengahan dan awal tahun. Awal tahun biasanya sekitar keluar keputusan SPM iaitu bulan feb-April

  7. cik tolonh saya………saya nk masuk ikm tapi tarik dh tutup saya ingt tarik tutup bln 11 tapi malangnye bulan 10…ape ptot sy buat ……..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. Assalam. Nak tye..bila agaknya tarikh permohonan kemasukan ke kktm bg sesi 2013 ya? Dan bagaimana caranya utk dptkan borang n apply?bole x en.admin terangkan. Sbb dh byk kali missed utk apply…tqt

  9. Bila saya boleh membuat permohonan nak masuk ikm Untuk 2013….adakah nak masuk ikm ni perlu ada pin upu…harap bantuan sekalian………saya xtahu la…reply please

    1. Boleh, tapi kne ikut kelayakan.. sentiasa bersama dengan kami InsyaAllah kami sentiasa update berita tentang tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *