Permohonan Online PISMP Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2013

Permohonan

Seperti yang dimaklumkan Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) sebelum ini, hari ini telah dibuka permohonan online PISMP yang dinantikan ramai pelajar. Program yang ditawarkan ini adalah baik bagi mereka yang benar-benar ingin menjadi seorang pendidik. Permohonan dibuka dan boleh diisi secara online melalui aplikasi permohonan yang disediakan.

Membuat Permohonan PISMP

Untuk membuat permohonan, permohonan online kali ini tidak memerlukan pelajar untuk membeli no pin di BSN. Oleh demikian, tidak perlulah ke BSN untuk bertanya atau ingin membeli nombor pin permohonan. Permohonan boleh terus dibuat ditalian yang disediakan.

Pastikan anda minat

Perlu diingatkan, anda perlu memohon sekiranya anda minat dan berkelayakan sahaja. Jika anda ingin menjadi pendidik hanya kerana ingin mendapat pekerjaan yang terjamin rasanya tidak perlulah memohon, hal ini kerana menjadi seorang pendidik bukanlah senang seperti yang diimpikan, cubalah bertanya kepada guru-guru anda yang sentiasa sibuk disekolah masing-masing. Saya pasti mereka akan bertanya “ adakah anda betul-betul minat? “ Untuk menjadi seorang guru, hanya minat sahaja yang menjadi penguat semangat ketika menghadapi kesibukan dan masalah di sekolah.

Cara membuat permohonan PISMP

Untuk membuat permohonan, calon perlulah membaca dengan teliti syarat, cara memohon dan pilihan pengkhususan yang dinyatakan, adalah lebih baik anda pergi terus ke sistem permohonan yang disediakan untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat penting lain silalah rujuk Iklan Penuh Permohonan, sekiranya betul-betul faham dan ingin memohon, sila ke Aplikasi permohonan online PISMP ( Klik SIni ).

DIharapkan permohonan anda diterima dan dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna dan baik. Semoga Berjaya.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

One thought on “Permohonan Online PISMP Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2013

  1. [...] Update 23/3/2013 : Iklan permohonan telah dibuka, Permohonan boleh mula dibuat pada 21/3/2013 maklumat lanjut [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*