Permohonan Online Sarjana Muda dan Kemasukan lain UiTM 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

  1. Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
  2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 30 September 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (No. Slip yang dibeli sebelum 30 September 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  4. Sila nyatakan Peringkat Program (SARJANA MUDA / PENERAPAN / PROFESIONAL / PLK / SS) seperti jadual di bawah semasa pembelian No. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Tiada pemulangan bayaran sekiranya berlaku sebarang kesilapan pembelian No. Slip.
  5. Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 30 September 2013 (Isnin).
  6. Tarikh tutup permohonan online pada 31 Oktober 2013 (Khamis).
Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Syarat Kemasukan Ke Universiti Teknologi MARA

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat status Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Permohonan dibuka bagi permohonan ke program Sarjana Muda, Penerapan, Profesional dan Pengajian Luar Kampus. ( SIla Rujuk Maklumat Penuh Permohonan )

Semoga pemohon berkaitan yang minat ke uITM tidak terlepas untuk memohon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *