Permohonan Pendidikan dan Latihan di IPMa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan ke Institusi Pendidikan MARA

Bagi lepasan sijil, SPM, SPMV, STPM, diploma setaraf yang berminat untuk mengikuti bidang kemahiran yang mempunyai peluang cerah bukan sahaja peluang kerja dalam bidang kerajaan tetapi ia juga mampu melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi dan berjaya.

Apa itu IPMa?

IPMa iaitu Institut Pendidikan MARA mempunyai institusi-institusi latihan yang menawarkan pendidikan dan latihan berasaskan kemahiran bagi melahirkan tenaga terlatih yang mampu berdikari memenuhi peluang pekerjaan kerajaan mahupun swasta. Bidang kemahiran ini adalah penting kerana kemahiran yang diperolehi boleh bersifat dinamik sehingga jarang dan sedikit persaingan dalam sektor pekerjaan dan usahawan.

Institusi IPMa yang membuka permohonan

Terdapat 5 istitusi IPMa yang membuka permohonan iaitu

Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

Kolej Profesional MARA

  • Menawarkan bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma/ Diploma/ F&HND

Kolej Poly-Tech MARA

  • Menawarkan bidang peringkat sijil/ diploma/ ijazah/ profesional

Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM ) / Institut Kemahiran MARA ( IKM )

  • Menawarkan bidang pengkhususan pengajian peringkat diploma kejuruteraan/ teknologi.

German Malaysia Institute

  • Bidang pengajian peringkat diploma

Universiti Kuala Lumpur

  • Menawarkan Pengajian peringkat diploma & Ijazah

Tajaan biasiswa pengajian

  • Bagi pengajian di Kolej Profesional MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA/ Intitut Kemahiran MARA, yuran adalah percuma malahan diberikan elaun sara hidup.
  • Manakala pengajian ke Kolej Polytech MARA, German Malaysia Institute dan Universiti Kuala lumpur boleh memohon tajaan pinjaman MARA mengikut syarat yang ditetapkan.

Cara Memohon

Anda boleh memohon secara online melalui http://online.mara.gov.my/upimonline tetapi sekiranya bermasalah dengan permohonan online hendaklah datang sendiri atau menghubungi ke institut yang ingin dipohon untuk maklumat lanjut.

Info Tambahan :  Tarikh SPM 2022 dan Cara Semakan

Tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah 7 Oktober 2011

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut sila lihat Iklan penuh dan sekiranya terdapat pertanyaan permohonan bolehlah menghubungi institut pendidikan yang ingin dipohon :

  • KOLEJ PROFESIONAL MARA

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,

Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,

Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur

Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077 / 9010 / 9011

Faks: 03-2698 6466

 

  • KOLEJ POLY-TECH MARA

BAHAGIAN PEMASARAN KORPORAT

KOLEJ POLY-TECH MARA

Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa,

56100 Cheras, Kuala Lumpur

Tel: 03-9285 6033 / 03-9281 0762

Faks: 03-9281 2545

Laman Web: www.kptm.edu.my

 

  • KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA ( KKTM )/ INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL

Tingkat 20 & 21, Ibu pejabat MARA,

Jalan Raja Laut 50609, Kuala Lumpur

Tel: 03-2613 4605 / 4612

Faks: 03-2691 4510

 

  • GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE

Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor

Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288    Faks: 03-8921 9003

Emel: [email protected]

 

  • UNIVERSITI KUALA LUMPUR

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

1016 , Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur

Tel: 03-2175 4000   Faks: 03-2175 4001

Emel: [email protected]

Laman Web: www.unikl.edu.my

Permohonan online: www.admission.unikl.edu.my

One thought on “Permohonan Pendidikan dan Latihan di IPMa

  1. assalamualaikum,,,,,
    saya ingin bertanya sedikit…
    kalau wktu sekolah x ambil aliran sains boleh dak kalau nak jadi juretera…
    x kira la jurutera apa pon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *