Permohonan Pensiswazahan Guru PPG Secara PJJ 2012

PJJ KPM

Permohonan akan dibuka bagi Guru lepasan diploma pendidikan untuk memohon Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma PPPLD ambilan ke 2 tahun 2012.

Maklumat Program adalah seperti berikut :

  • Program ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) KPM
  • Dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru ( IPG ), Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS )
  • Tujuan adalah peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma PPPLD meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Memenuhi keperluan guru Ijazah di sekolah menengah dan rendah.
  • Ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN )/ Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) / sekolah rendah/ sekolah menengah/ sekolah bantuan kerajaan dibawah kelolaan KPM.
  • PPPLD yang telah tamat latihan program ini akan kekal bertugas di Bahagian/JPN/PPD atau sekolah semasa sebelum ini dibawah KPM.
  • Cara memohon boleh mula didapatkan di laman rasmi KPM mulai 4 Jun 2012

Syarat dan kelayakan asas memohon

  1. Warganegara Malaysia
  2. PPPLD yang berumur 47 tahun hingga 49 tahun pada 31 Disember 2012 dan telah memilih opsyen bersara wajib 60 tahun
  3. PPPLD yang berumur 47 tahun ke bawah pada 31 Disember 2012 dan telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun dan
  4. PPPLD yang berumur bawah 46 tahun
  5. Telah disahkan dalam jawatan
  6. Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana university sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM.
  7. Memiliki Diploma Pendidikan/ Perguruan atau Sijil Perguruan
  8. Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih dari 3 tahun.
  9. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  10. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  11. Memperoleh purata markah sekurang-kurangnya 80% bagi Laporan Nilaian prestasi Tahunan ( LNPT ) yang baik bagi 3 tahun yang terkini.
  12. Bebas dari tindakan tatatertib.

Pertanyaan lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda digalakkan untuk merujuk Suarat siaran Surat1, Surat 2 ataupun menghubungi.

Sektor Peningkatan Keilmuan ( Urus setia Program ) no telefon : 03-8884 1269/1270/1266/1000

Sektor Pengambilan Dan Pendaftaran Latihan ( Permohonan dan Pengambilan ) No Telefon : 03-8884 1232/1242/1236/1000

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*