Permohonan Pensyarah di IPG Institut Pendidikan Guru KPM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Pensyarah di IPG Institut Pendidikan Guru KPM 2012 1
Permohonan Pensyarah IPG

Bagi guru yang ingin memohon menjadi pensyarah di Institut pendidikan Guru IPG Kementerian Pendidikan, permohonan dibuka kepada guru semasa DG41 yang memegang Ijazah Sarjana dan Doktor falsafah. Terdapat beberapa kekosongan di IPG bagi pegawai-pegawai pendidikan.

Syarat Umum :

  1. Disahkan dalam perkhidmatan
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
  3. Bebas tindakan tatatertib
  4. Lulus pengistiharaan harta
  5. Bebas dari disenarai sebagai peminjam tegar institusi pendidikan
  6. Diperakui oleh ketua jabatan

Syarat Permohonan ;

Pensyarah (PPPS DG44)

  • Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
  • Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan,Penilaian dan penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
  • PPP Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatan telah melebihi 3 tahun,dibenarkan memohon jawatan Pensyarah (Memangku DG44) di Institut Pendidikan Guru
  • Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Borang Permohonan

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Pensyarah IPG dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing terus kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru yang berhampiran bersama dokumen dibawah :

I.            Salinan Kad pengenalan

II.            Salinan kelulusan akademik di peringkat Sarjana Muda, sarjana dan kedoktoran ( jika ada )

III.            Surat Kelulusan Pengisytiharaan harta

IV.            Surat Akuan Pinjaman Pendidikan INstitut/Tabung Pendidikan ( Contoh format disertakan ) dan ;

V.            Kenyataan Ketua Jabatan ( contoh format disertakan )

Laporan Nilai Prestasi 3 Tahun Terkini

Markah laporan Nilai Prestasi Tahunan ( LNPT ) yang akan digunakan dalam urusan pemangkuan ini ialah LNPT 2008, 2009 dan 2010. Bagi pegawai yang bercuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji atau cuti berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun bekenaan, maka ketua jabatan diminta mengemukakan LNPT pada tahun sebelumnya.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci, anda dinasihatkan rujuk Surat iklan m/s 1, Surat iklan m/s 2, Surat iklan m/s 3.

Borang-borang lain:

Untuk mendapatkan borang-borang lain sila muat turun DISINI

Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke alamat :

Pengarah

Institut Pendidikan Guru

Kampus (Berhampiran tempat pemohon)

 

Atau

Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200

Jalan Persiaran APEC, Cyber 6

63000 Cyberjaya

 

Tel   : 03-8312 6615

Faks : 03-8312 6655

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Disember 2011

 

4 thoughts on “Permohonan Pensyarah di IPG Institut Pendidikan Guru KPM 2012

  1. if all else ok xcept yet to hve master degree ( still studying to have one )eligible to apply or not. field : TESL. Tq.

  2. Permohonan Pensyarah di IPG Institut Pendidikan Guru KPM 2012

    – tajuk baru tapi kandungan lama.
    – harap dapat kemaskini kandungan yang terbaru.

    1. Mungkin tersilap baca..cuba cari di search xpresi..ada news barunya..yg dimaksudkan 2012 diatas ialah bagi pengambilan 2012 dari permohonan 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *