Permohonan Polis Bantuan Petronas Lelaki dan Wanita

9
378
Polis Bantuan
Polis Bantuan

Satu iklan yang menarik untuk dikongsi, satu permohonan Polis Bantuan dibuka dan bakal berakhir hujung bulan ogos ini. Polis Bantuan ini kebiasaanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan dan menjaga hal ehwal keselamatan termasuk kuatkuasa undang-undang dalam institusi. Jawatan Polis Bantuan ini adalah melalui PETRONAS iaitu nama yang tidak asing di negara kita sebagai sebuah syarikat gergasi minyak.

Syarat permohonan Polis Bantuan Petronas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Kelayakan minima lulus sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia
  4. Mempunyai ukuran fizikal dan keupayaan pancaindera seperti, tinggi ( tidak bersepatu ) sekurangnya 170sm Lelaki, 160sm wanita – Berat badan sekurangnya 54kg Lelaki dan 46kg Wanita- Ukur lilit Dada sekurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas bagi lelaki sahaja- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap dan tidak buta warna.
  5. Tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal.
  6. Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Baca Juga :  Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2017 KPM

Cara mohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan keratan iklan ( akhbar )dan di pos bersama salinan sijil-sijil akademik, surat berhenti sekolah, surat beranak dan kad pengenalan ke :

Pengurus,

Jabatan Latihan Kebolehupayaan,

Kumpulan Keselamatan

Petroliam Nasional Berhad ( PETRONAS )

Aras 11, Menara 1, Menara Kembar PETRONAS,

Kuala Lumpur City Center ( KLCC )

50088 Kuala Lumpur

Sila tuliskan “ PERMOHONAN JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN PETRONAS ( POLIS BANTUAN ) “ di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan : 28 Ogos 2017

Gambar borang permohonan

Polis Bantuan
Polis Bantuan

Diharapkan permohonan anda berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

9 COMMENTS

Apa Komen Anda :