Permohonan Politeknik dibuka Ambilan Disember 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Peluang baik permohonan politeknik seluruh Negara dibuka bagi ambilan Disember 2015. Permohonan Politeknik ini adalah bagi lepasan SPM/ setaraf bagi kursus Diploma dan Lepasan Diploma dari Politeknik untuk permohonan Diploma Lanjutan.

Memilih ke politeknik merupakan salah satu pilihan popular kerana pilihan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran mampu menjana pendapatan samaada dengan bekerja kerajaan ataupun berniaga sendiri.

Iklan Politeknik 2015
Iklan Politeknik 2015 9 ( Klik Untuk Besarkan )

Bagaimana memohon ?

  • Permohonan telah dibuka dan bakal ditutup pada 5 Oktober 2015 jam 12 tengahhari
  • Terlebih dahulu pemohon perlu membeli No Unik ID berharga RM 15.60 di Bank Simpanan Nasional (kaunter atau perkhidmatan ATM). – Tempoh jualan Unik ID dari 9 ogos hingga 5 Oktober 2015
  • Sekiranya anda mempunyai nombor unik ID yang telah digunakan pada sesi Jun 2015 masih sah digunapakai untuk membuat permohonan kali ini iaitu sesi disember 2015.
  • Membuat permohonan online di http://www.politeknik.edu.my/eborang/logineborang.aspx
  • Lengkapkan maklumat permohonan dan slip maklumat permohonan kemasukan perlu dicetak.
Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Bidang pengajian yang ditawarkan

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & elektronik
  • Kejuruteraan mekanikal
  • Kejuruteraan petrokimia
  • Kejuruteraan perkapalan
  • Kejuruteraan penyelenggaraan pesawat
  • Teknologi maklumat & komunikasi
  • Perdagangan
  • Pelancongan & hospitality
  • Reka bentuk & Komunikasi visual
  • Agroteknologi & Bio-Industri
  • Teknologi Makanan
  • Kemahiran Khas Politeknik

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh ( 2015 )

Peristiwa

10 Ogos 2015 ( 12 tengahari ) Permohonan Dibuka
5 Oktober ( 12 tengahari ) Tutup Permohonan
7 Oktober Semakan Panggilan temuduga
12-13 Oktober Sesi Temuduga
23 Oktober Hebahan Keputusan
22/23 November Pendaftaran Pelajar

Pertanyaan Lanjut Permohonan : 03-88919240 / 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/9313

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *