Permohonan program diploma pendidikan julai 2011

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan ini dibuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian untuk permohonan Program Diploma Pendidikan ( DPLI ) di Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) ambilan Julai 2011.

Kelayakan?

  1. Warga negara Malaysia
  2. Berumur tidak lebih  35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu pada atau selepas 28 Jun 1976
  3. Telah mempunyai ijazah yang diiktiraf kerajaan Malaysia Semak Ijazah yang diiktiraf

Syarat akademik?

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan PNGK sekurangnya 2.75 atau
  2. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malysia dan diluluskan oleh senat Universiti
  3. Lulus SPM/ setaraf dengan kepujian mata pelajaran BM,
  4. Lulus matapelajaran matematik/matematik tambahan di peringkat SPM
  5. Lulus ujian Malaysia educators Selection Inventory ( MEdSI)
  6. Lulus temuduga dan diperaku oleh panel penemu duga.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Cara memohon

  1. Permohonan boleh dibuat online melalui Permohonan Online
  2. Perlu membeli terlebih dahulu no pin atau unik ID dari BSN. Slip pembayaran perlu disimpan sebagai bukti dan rujukan.
  3. Pemohon wajib mencetak Maklumat permohonan setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewatnya 18 Mac 2011
  4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar seperti berikut :
  • Maklumat Permohonan
  • Salinan Kad pengenalan/MyKad Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa ( Calon UiTM shj )
  • SAlinan Sijil Berhenti sekolah/surat akuan
  • SAlinan Transkrip Akademik lengkap dan telah disahkan senat
  • Salinan sijil SPM
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Tarikh tutup?

Tarikh tutup permohonan adalah 14 Mac 2011 dan tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan 18 Mac 2011

Maklumat lanjut?

Boleh rujuk laman web UPU untuk maklumat lebih tepat

Sebarang pertanyaan boleh diajukan Bahagian kemasukan pelajar talian 03 88835801 / 5802 / 5858 atau email [email protected]

Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah tidak berjaya.

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *