Permohonan Program Khas Luar Negara 2012 JPA

JPA

Peluang terbaik bagi lepasan SPM 2011 yang layak untuk membuat permohonan untuk mengikuti program khas anjuran JPA Jabatan Perkhidmatan Awam telah dibuka. Program Khas luar negara ini adalah bagi lepasan SPM 2011 dimana pembelajaran adalah meliputi bidang kejuruteraan di negara seperti Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.

 Syarat Umum Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur kurang 18 tahun (19 tahun  bagi  pelajar  peralihan)  pada  31 Disember 2012.
  • (Mempunyai  kesihatan  yang  baik  dan  tidak  mengidap  penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus Permohonan

Memenuhi  syarat  minimum  gred  dan  kombinasi  subjek  yang  ditetapkan mengikut program. Sila rujuk Syarat berikut untuk syarat Khusus program:

Klik Sini Untuk melihat Jadual syarat Khusus Program

 Cara Memohon Online Biasiswa JPA Program Khas 2012

  • Untuk memohon perlu ke Permohonan Online yang disediakan mulai 16 hingga 22 April 2012
  • Sebelum memohon perlu mendaftar kata laluan terlebih dahulu.
  • Calon dinasihatkan perlu membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat yang disediakan di Sistem Permohonan Online 

Kriteria pemilihan Tawaran Program Khas JPA 2012

  • Prestasi akademik;
  • Kokurikulum;
  • Temuduga + Student Assesment Centre (SAC); dan
  • Sosio ekonomi keluarga.

Student Assesment Centre (SAC)

Calon yang telah disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghadiri temuduga dan juga SAC pada 8 hingga 13 Mei 2012. SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotism, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri.

 Tarikh Keputusan Panggilan Temuduga dan SAC

Calon  boleh membuat semakan p a n g g i l  a n ke program  temu duga + SAC pada 2 Mei 2012 secara online di http://esilav2.jpa.gov.my

 Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Untuk memohon, anda dinasihatkan supaya meneliti dahulu segala iklan penuh, syarat permohonan serta panduan permohonan termasuk video cara memohon yang disediakan.

Atau terus menghubungi :

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 6, Blok C1, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA

(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

 Pertanyaan Penajaan

W: 8.00 pagi – 5.00 petang

T: 03-8885 3564 / 3436 / 3892

E: [email protected]

 Talian Teknikal

W: 8.00 pagi – 5.00 petang

T: 03-8885 3541 / 3552 / 3453

E: [email protected]

Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat kepada calon yang layak memohon supaya mendapat peluang lebih dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang lebih positif. Sebelum membuat apa-apa tindakan, diingatkan sekali lagi untuk calon membaca dengan teliti panduan pemohonan serta syarat memohon di laman web rasmi JPA seperti disertakan diatas. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*