Permohonan Program Pelayaran 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Program Pelayaran
Sumber Gambar : wikimedia.org

Anda berminat dengan program pelayaran? Satu anjuran program pelayaran akan dilaksanakan dan ianya terbuka untuk belia berumur 18- 30 tahun. Program pelayaran ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Program ini diberi nama Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 3/2016 Voyage 355 / 2016 .

Untuk lebih jelas kami sediakan maklumat program seperti dibawah :

  • Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 3/2016 Voyage 355 / 2016
  • Anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
  • Tarikh Pelayaran : 24 September hingga 7 Oktober 2016
  • Tujuan : Mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.
Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Syarat Permohonan Program Pelayaran

  1. Borang ini hendaklah diisi dengan jelas dan lengkap menggunakan HURUF BESAR.
  2. Pada ruangan-ruangan yang tidak berkenaan hendaklah ditulis dengan perkataan TIADA.
  3. Tandakan (√) pada kotak yang berkenaan .
  4. Peserta mestilah berumur antara 18-30 TAHUN dan WARGANEGARA MALAYSIA.
  5. Wajib mendapatkan sokongan/pengesahan majikan (bagi yang bekerja)
  6. Wajib mendapatkan sokongan/pengesahan Jabatan Belia dan Sukan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran
  7. Mengemukakan borang permohonan yang lengkap(Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses)

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

SEKRETARIAT PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA

Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia,

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Jabatan Belia dan Sukan Negara,

Kementerian Belia dan Sukan

MALAYSIA

Pusat Pentadbiran Persekutuan, Presint 4, 62570 Putrajaya.

 

(u.p : En. Muhamad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz)

Tarikh tutup penyertaan pada 29 OGOS 2016 (Isnin)

Pertanyaan dan Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin bertanya atau inginkan maklumat lanjut dinasihatkan untuk menghubungi :

Encik Muhamad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz

Email : [email protected]

Tel : 03-8871 3300

Fax: 03-8888 8761

 

Encik Shafie Bin Ahmad Yusoff

Email: [email protected] / [email protected]

Tel: 03-8871 3283

Faks : 03-8888 8761

Sumber rujukan : http://www.kbs.gov.my/my/info-terkini/3182-program-pelayaran-kld-tunas-samudera.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *