Permohonan Program Pra Universiti Sesi 2011/2012, Sekolah Sukan Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perhatian kepada yang layak dan berminat, permohonan program Pra Universiti 2011/2012 sekolah sukan malaysia telah dibuka mulai 7 febuari 2011.

Apa syaratnya?

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERTSITI KPM
1.0 SYARAT-SYARAT AM

1.1 Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
1.2 Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
1.3 Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
1.4 Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
1.5 Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.

2.0 SYARAT-SYARAT KHAS
A. ALIRAN SAINS
1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang
berikut :
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Matematik Tambahan
v. Teknologi Maklumat
vi. Perdagangan
vii. Ekonomi Asas
viii. Prinsip Akaun
ix. Bahasa Inggerisx. Lukisan Kejuruteraan
xi. Rekacipta
xii. Teknologi Kejuruteraan

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

B. ALIRAN SASTERA IKHTISAS
1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
i. Perdagangan
ii. Ekonomi Asas
iii. Prinsip Akaun
iv. Bahasa Inggeris
v. Lukisan Kejuruteraan
vi. Rekacipta
vii. Teknologi Kejuruteraan
viii. Sains Tambahan
ix. Teknologi Maklumat
x. Biologi
xi. Fizik
xii. Kimia
xiii. Sains Sukan

Macam mana nak mohon?
1. Borang permohonan ( diisi secara atas talian dan dicetak) yang lengkap dengan laporan Jurulatih ( Borang permohonan )
2. Salinan kad pengenalan yang disahkan
3. Salinan sijil-sijil akademik yang disahkan
4. Salinan sijil-sijil berkaitan sukan yang disahkan

Pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan

c. Ruang G. Perakuan

d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)

sebelum tarikh tutup permohonan 31 mac 2011

Penting :

Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal

Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

Untuk maklumat lebih lanjut dan tepat.. Adik2 dinasihatkan melawat laman web ini Klik Sini

Pegawai yang bertanggungjawab?
Puan Norhamimi binti Othman
Emel : [email protected]
Tel : 03-8884 1035
Faks : 03-8884 1034

Sumber : Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia , maklumat penuh adalah di Sebaran Kemasukan Pra Universiti Sekolah sukan

9 thoughts on “Permohonan Program Pra Universiti Sesi 2011/2012, Sekolah Sukan Malaysia

    1. Laluan kerjaya di sekolah sukan hampir sama dengan matrikulasi sains dan asasi sains yang lain..cuma ia ada tambahan penekanan kepada asasi sains sukan. lebih mudah untuk menyambung pengajian dalam bidag berkaitan sukan diuniversiti dan lebih mempunyai ilmu berkaitan praktikal sukan..

  1. salam,, saya ambil sbjk sains sukan tapi x tw mane saya nk smbung bljr dgn sbjk ni.. mcm mmbazir amil sbjk ni 😥
    Boleh tolong saya

    1. ish..tak membazir la fatin..fatin boleh ambil ting 6 biasa atau diploma sains sukan..dan tak mustahil boleh ambil ijazah satu hari nanti..cuba dapatkan nasihat guru bimbingan dan kaunseling terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *