Permohonan Rumah PR1MA Secara Online

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin pernah dengar apa itu PR1MA,  ada yang juga menyebutnya “prima” PR1MA sebenarnya adalah singkatan kepada Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang ditubuhkan dengan akta PR1MA 2012 dengan memberi kemudahan kepada rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah. Rumah PR1MA ini mempuyai rekabentuk yang menarik walaupun kadangkala ianya agak bertingkat-tingkat. Selaras dengan keperluan untuk menghasilkan rumah yang tidak berapa mahal, PR1MA dibuat dengan cuba meminima sebaik mungkin kos pembuatan tanpa melupakan kepuasan dan kualiti rumah.

Peluang pada yang berhasrat memiliki rumah

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Oleh demikian, bagi yang belum memiliki rumah bolehlah cuba memohon PR1MA ini. Permohonan dahulunya dibuat berdasarkan borang yang di pos. Tapi kini permohonan online juga boleh dibuat, dengan terus ke laman rasmi PR1MA.

Syarat Kelayakan Memohon PR1MA

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri

Maklumat lanjut atau Permohonan

Untuk membuat pertanyaan atau ingin memohon, bolehlah terus ke Laman Rasmi PR1MA dialamat www.pr1ma.my atau http://www.pr1ma.my/bm/index.html untuk versi bahasa melayunya.

17 thoughts on “Permohonan Rumah PR1MA Secara Online

  1. Saya susilawati binti tahr bagaimana ye caranya saya nak memohom rumah rakyat prima.

    Duit gaj i saya cukup-cukup makan je untuk beli rumah di masa sekarang dengan harga rumah yang cukup-cukup mahal memang x mampu lah bagi untuk saya beli saya bersyukur sebab sekarng kerajaan telah menyedia kn rumah prima mampu milik utk rakyat yg tidak kemampuan mcm saya…saya ingin memohon rumah mampu milik prima saya harap pihak tuan/puan dapat menimbang pemohonan saya

  2. Memohon bantuan rumah..saya adalah surirumah sepenuh
    Masa anak saya ada 3 org…2 da sekolah yg bongsu baru 2 tahun
    Pendapatan suami cumacukup mkn jak…boleh ka saya dapat memohon
    Bantuan rumah…di harap tuan/puan dpt mempertimbangkan per
    Mohonan saya terima kasih.

  3. Salam..sy bru brkhwin n ingin mmohon bntuan rmah pr1ma..bgamna caranye…btul2 mmrlukn rumah utk sy dn isteri sy…tqsm

  4. TUAN /PUAN Saya tinggal berada cheras area ,sukar beli rumah harga tinggi ,ingin memohon rumah pr1ma ,Kalau ada rumah bertubuh area cheras sila hantar maklumat untuk saya .terima kasih

  5. saya blm brumah tangga lg dan insyallah ujng tahun sy akan b’kahwin.,sy ingin tahu disini bahawa.,bolehkah sy pohon prima ini????

Leave a Reply to jasman bin surahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *