Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Sekolah Sukan

Sekolah Sukan

Mungkin ramai tercari-cari permohonan sekolah sukan Malaysia. Kami ada banyak juga pertanyaan bagaimana memohon dan ada juga pemohon yang langsung tidak tahu lebih lanjut mengenai kewujudan sekolah sukan ini. Kesedaran menghantar anak ke sekolah sukan ini mungkin dengan kesedaran peluang-peluang cerah kerjaya melalui apa yang berlaku selepas sukan olimpik RIO baru-baru ini.

Seorang atlit yang berjaya pastinya mendapat ganjaran dan peluang kerjaya yang cerah melalui pengorbanan yang dilakukan. Namun demikian, kelahiran atlit semestinya bermula dari zaman sekolah mereka untuk itu dengan melalui sekolah sukan secara tidak langsung ia memberikan lebih kemudahan dan keseimbangan dengan akademik sesorang penuntut.

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

Cara permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Menurut Laman rasmi KPM, terdapat 3 peringkat kemasukan ke sekolah sukan iaitu :

Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.

Baca Juga :  Permohonan Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG ( BYDPA ) 2017 / 2018

 Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 – 5 )

Menarik :

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.

Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

 Program Prauniversiti

Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :

Baca Juga :  Permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik 2017

Syarat-syarat Am Kemasukan

  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

Syarat Khas Kemasukan

Syarat Khas Permohonan Sekolah Sukan

Syarat Khas Permohonan Sekolah Sukan

Jenis sukan Di sekolah sukan

Jenis Sukan

Jenis Sukan

Jadual harian di Sekolah sukan

Kerap juga kami ditanya bagaimana corak pembelajaran dan latihan di sekolah sukan, hasil dari perkongsian rakan kami mungkin maklumat dibawah dapat memberi gambaran :

Masa Aktiviti
6.30 – 8.30 pagi Latihan sukan
9.30 – 9.30 pagi Sarapan pagi
9.30 – 2.30 petang Kelas akademik
2.30 – 3.00 petang Makan tengahari
3.30 – 7.00 petang Latihan petang
8.00 – 8.30 malam Makan malam
8.30 – 10.00 malam Kelas persediaan
10.00 – 10.30 malam Minum malam
11.00 malam Tidur

 

Tagged with 

49 thoughts on “Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

  1. Norhaslinda abd latif says:

    Anak saya berminat untuk masuk ke sekolah sukan tahun 2018 .Bagaimana cara untuk memohon

  2. hafizah bt jamalludin says:

    mcm mn nak msk sekolah sukan utk 2018.

  3. hafizah by jamalludin says:

    mcm mn nak masuk sekolah sukan ni ye.anak sy skrg darjah 6.beliau minat acara lari,hoki,basikal dan bola sepak.tahun 2017 beliau olahragawan sekolah.wakil daerah jg utk hoki.blh bg respon x

  4. Nur Qistina Izzabella Binti Hanafi says:

    Saya berumur 10 tahun. Tetapi Saya baca diatas hanya tahun 5 Dan 6 sahaja. Mohon mengambil Saya untuk memasuki sekolah sukan tahun depan Saya amat berminat sukan batminton. Adakah sesuai Saya memasuki sekolah sukan.

  5. Anak saya Fikri Solihin berminat utk masuk ke sekolah sukan pd tahun hadapan 2018..beliau pernah mewakili daerah zon hulu selangor dlm permainan bolasepak dn olahraga mewakili daerah. Dgn doa dn harapan dpt dpertimbangkan.

  6. SITI SABARIAH BINTI ABD WAHID says:

    As Salam…tahun ini anak saya tingkatan 1 & dia berminat pada sukan larian serta bola baling. Boleh saya memohon masuk sekolah sukan pada tahun depan ?
    Macam mana cara untuk memohonnya. Sekian, Terima Kasih

  7. Mohamad Nabil b says:

    Mohon mengambil saya ke sekolah sukan pada tahun hadapan kerana saya pernah mewakili sekolah dalam acara bola sepak peringkat MSSD

  8. Ahmat Khair says:

    Boleh kah warga (Singapura) memohon untok belajar di sekolah sukan di Malasia.

    • saya rasa boleh…sebab anak saya semua sekolah sukan ..ada kawan dia warga thailand . anak encik sukan apa ? contact dengan sekolah sukan contohnya sekolah sukan malaysia sekolah sukan tunku mahkota ismail minta nombor coach berhubung terus dengan coach.

  9. Zubaidah bte Othman says:

    Anak saya berusia 14 tahun (tingkatan 2). Ketika dia di tahun 5 dia mendapat anugerah Olahragawan Harapan tahun 2014 dan anugerah Olahragawan pada tahun 2015 untuk tahun 6. Dan pada Mei 2017 dia mendapat anugerah Olahragawan kelas 3 (untuk bawah 15 tahun). Anak saya begitu bermiant untuk menyertai sekolah sukan. Saya berharap anak saya akan diterima , bagaimanakah cara-caranya dan bilakah saya boleh memohon?

  10. Assalamualaikum .. saya baru 13 tahun .. saya berminat untuk memasuki sekolah sukan .. saya pernah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan untuk club saya .. saya lulus dalam peperiksaan upsr ..

  11. mohd harris riezman says:

    mohon mengambil saya ke sekolah sukan ..saya pernah bermain mewakili negeri mssm dalam bidang bola sepak .. saya ingin mencapai cita cita saya ..hajat saya mahu menolong ibu bapa saya

  12. Asmah Bakar says:

    Salam…anak saya skrg tahun 6…2 tahun berturut2 mewakili n.sembilan ke kebangsaan dlm permainan hoki…adakah saya berpeluang utk menerjskan bakat nye ke tahap yang lbh tinggi..bagaimana jika saya berminat utk menghantar dia ke sekolah sukan..ape yg perlu saya buat…t.kasih cik…sekarang dia di tahun 6 sk st.paul serwmban negeri sembilan

  13. mohon saya untuk masuk ke sekolah sukan pahang.saya menpuyai bakat bola sepak daerah negeri terengganu

  14. saya nak mohon sekolah sukan kerana saya minat dan mahir dalam sukan bola sepak.

  15. NOr hslinda says:

    apakah? syarat2 kemasukan ke sekolah sukan malaysia terengganu..
    anak saya sangat berminat dalam sukan hoki dan badminton

  16. AIDA WARDINI says:

    Assalamualaikum, sy amat berminat dlm sukan berbasikal . Saya nk skolh sukan sbb nk training bersama ii kerana di rumh sy training tidk ada pengawasan ibu/bapa..thun dpn sy nk msuk skolh sukan ..

  17. Putri Nurrien Faqhira says:

    saya dari sekolah menengah kebangsaan taman seri saujana kota tinggi johor . saya ingin memasuki sekolah sukan kerana saya mempunyai bakat dalam permainan bola jaring dalam posisi penjaring dan penghadang . tahun ini saya form 3 . saya ingin memasuki selepas pt3 .

  18. Revathy Rajamanickam says:

    anak saya belajar di SJKT Serdang, Selangor dalam Tahun 6. Dia dapat anugerah Olahragawan sekolah pada tahun ini. Dia juga pernah mewakili sekolah dan mengambil bahagian di luar sekolah. Bolehkah anak saya memohon untuk memasuki Sekolah sukan untuk tahun hadapan/

  19. muhammad fazreen bin amir sharippuddin says:

    saya mahu mohon sekolah sukan untuk tahun ini saya penah mewakili daerah dalam sukan bola sepak dan juga olahraga pada tahun lepas dan saya akan mewakili daerah sepang dalam kejohanan bola sepak mss selangor 2017

  20. Saya aktif dalam rugby, bola baling, bola sepak, larian & bola tampar… Selalu terpilih untuk wakil sekolah & daerah.
    Tahun ini bakal menghadapi peperiksaan UPSR… Saya bersekolah di SKCI (Sekolah Kebangsaan Cheras Indah) Bagaimana cara untuk saya mohon Sekolah Sukan ini ?? Saya betul2 berminat untuk ke Sekolah Sukan ini…

  21. Mohamad sharul Nizam bin jamrin says:

    saya berminat sangat-sangat menghantar adik saya ke sekolah sukan,,, kerana Sya tau yg adik saya ada bakat menjadi seorang pemain bola yg amat baik,. baru2 ini,, adik saya telah mengikuti ujibakat mencari Ramli musim ke6 yg di adakan d padang mini Likas kota Kinabalu Sabah,,,, adik Sya dpt ke saringan akhir,,dan bertuah terpilih 20 org yg terbaik,,,,dia mewakili sekolah beliu bermain bola sepak,,,dan terpilih jga sebagai pemain daerah,,,jadi saya harap tuan puan,,, dapat meluluskan pemohonan adik saya masuk ke sekolah sukan,,,dari sya… mhucapkan trima kasi

  22. noraziza othman says:

    assallamualaikum.. ank sy minat dan aktif bersukan.. sekarang ank sy berada di sek pld tanjong karang dlm sukan bole sepak sebagai pertahanan.. dan bnyak kali menyertai game luar dan sek peringkat daerah.. bole kah ank sy memohon sek sukan ini.. terima kasih.. kerana ank sy nk sangat masuk sek sukan.. tq

  23. hajarazizan says:

    Sy berumur 14 thn, sy mohon untuk memasuki sekolah sukan (ssbj) dalm ketegeri taekwondo . Tp sy baca di atas ,kategeri taekwondo x dimasukkan . Sy pernah mewakili sekolah dlm peringkat antabangsa . Sy menang pingat gangsa , sy mohon untk msuk ke ssbj pd tahun depan . Bolehkah??

  24. CATHERINE ANAK HENRY says:

    SELAMAT PETANG, MACAM MANA HENDAK MEMOHON UNTUK MASUK KE SEKOLAH SUKAN INI. ANAK SAYA BERMINAT DAN AKTIF DALAM SUKAN DI SEKOLAH DAN SELALU MEWAKILI SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN BOLA SEPAK.

  25. Priya Nadarajah says:

    Adik saya baru lepas SPM minat dengan sekolah sukan.Boleh saya tahu cara nak apply??

  26. Anak.saya berumur 15 thn
    Bersek.di smkp pasir gudang..bwh pld..
    Bermain bhgn pertahanan..dia berminat msj sek sukan..mcmana cr nk mohon

  27. saya nk masuk skolah sukan.. saya pernah mewakili sekolah dan daerah dalam permain bola tampar dan badminton di sekolah..

  28. saya sangat aktif dalam bidang sukan , dan saya pernah mewakili negeri sembilan pergi ke mssm 2016 di terengganu

  29. nur khaliesah bahirah says:

    saya nak masuk sekolah sukan . Saya selalu ambil acara olahraga . Saya teringin masuk sekolah sukan .

  30. Muhammad ammar says:

    Ambil saya

    Saya aktif dalam sukan di padang. Saya mewakili sekolah dan daerah. Saya hebat dalam sukan BOLA SEPAK dan RUGBI.

  31. Muhammad hafizin zufayri bin mahadi says:

    Assalamualaikum….
    Saya amat berminat dalam aktiviti bersukan seperti olahraga dan saya harap saya dipilih untuk layak masuk ke sekolah sukan kuala terengganu untuk berlatih lebih gigih kerana ingin mencapai cita2 saya untuk menjadi seorang atlet olahragawan dunia….

  32. muhammad fauzie says:

    saya ingin masuk sekolah sukan .. cita2 sya untuk menjadi pemain bola sepak ..

    • MUHD NAJIB says:

      Saye harap dapat masuk…saya aktif dalam
      bidang sukan…seperti dalam sukan BOLA SEPAK dan LUMBA BASIKAL…saye harap dapat..terpulang kepada pihak berkuasa…

  33. Muhamad Ayyub says:

    Tolong ambil saya untuk ke sekolah sukan kerana saya amat aktif dalam sukan bola sepak

  34. Muhamad Ayyub says:

    Tolong ambil saya untuk ke sekolah sukan kerana saya amat berminat dalam bidang bola sepak

  35. Nurul Fahtihah says:

    pada tahun ini , anak saya menduduki UPSR . dia pernah mewakili daerah dalam acara olahraga . tetapi dia tidak masuk apa apa acara . adakah anak saya boleh memasuki sekolah sukan ini ?

  36. Assalam. Ade lgi x kekosongn yg boleh sye msok dlm skolh sukan ni? Sye berminat sngt dngn skolh sukan. Sye mahu hajat ibu bapa sye trcapai. Tlong sye .. Insha allah . Allah akn mnolong kamu juga.. Sye sngt srs dlm bersukan . Jiga ada lgi kkosongn tlong dm dngn sye.

  37. Deberano bin youdi says:

    mohon ambil saya ke sekolah sukan pada tahun hadapan.saya sangat berminat dalam sukan badminton

  38. anak saya sangat berminat dengan sukan sepak takraw . pernah mewakili daerah petaling perdana. macam mana saya ingin memohon supaya anak saya boleh masuk ke sekolah ini . beliau berumur 15 tahun

  39. Saya ingin memasuki ke sekolah sukan di dalam bidang sepak takraw .

  40. Macamana nak mohon untuk anak saya mendapat sekolah sukan pada tahhn 2018.. Beliau sungguh berminat dlm olahraga. Dn pernah mendapat sijil.

  41. anak saye aktif dlm seni silat dan pernah mewakili daerah ke pringkat negeri…tetapi kenapa tiada didlm list..sdgkan seni silat adalah seni mempertahankan diri orng2 melayu…dan telah terkenal diperingkat global

  42. Ainun Salihah Hawari says:

    Tolong inform saya bila dan di mana ada talent scouting untuk kemasukan tingkatan 1 tahun 2017. Anak saya berminat acara olahraga.

  43. Heelal Hillman B. Hanafi says:

    Assalamualaikum.
    Mohon Mengambil Saya Ke Sekolah Pada Tahun Hadapan.

  44. Bila ujian telents di ada kan. .sya berminat untuk antar anak sya
    Usia nya Baru 12 thun. Dpan

  45. Mohon mengambil saya ke sekolah sukan pada tahun hadapan

Apa Komen Anda :