Permohonan Sekolah Teknik dan Vokasional 2015, Bagaimana?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kami ada menerima pertanyaan bila permohonan ke Sekolah Teknik atau Kolej Vokasional untuk tahun 2015 ini. Mungkin ramai yang mula sedar kepentingan belajar kemahiran untuk memberikan masa depan yang lebih terjamin dengan kemahiran tersendiri yang ditingkatkan.

Untuk pengetahuan, buat masa ini pihak kami belum menerima sebarang makluman bekenaan permohonan ke sekolah teknik atau vokasional. Oleh kerana ada pelawat yang bertanya bagaimana nak memohon, kami cuba bantu dengan memberikan beberapa maklumat asas bagaimana untuk mendapatkan maklumat permohonan dan bagaimana permohonan boleh dibuat.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Untuk makluman, permohonan ke sekolah Teknik dan Vokasional boleh dibuat melalui permohonan online dan pergi terus ke institusi teknik atau vokasional yang anda mahukan. Tetapi, anda haruslah berbuat demikian jika permohonan dibuka nanti.  Hal ini kerana penyelarasan perlu dibuat untuk urusan kemasukan ini.

Bagaimana ingin mendapat info tarikh kemasukan?

Untuk mendapat info kemasukan, anda perlu ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau terus dapatkan maklumat di Laman Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kebiasaanya tahun-tahun sebelum ini, permohonan dibuka sekitar September – Disember dan laman permohonannya adalah http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/info-kemasukan . Jika anda ada melanggan e- xpresi anda juga akan menerima peringatan ke email sekiranya permohonan dibuka nanti. Jika anda inginkan lebih tepat dan sahih, ada baiknya anda selalu melawati laman Bahagian Teknik dan Vokasional yang diberikan tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *