Permohonan SPA 8 Bagi Lepasan SPM, STPM setaraf

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Mencari pekerjaan sektor kerajaan
Mencari pekerjaan sektor kerajaan

Anda menganggur? Tahukah anda permohonan SPA 8 merupakan salah satu cara bagaimana untuk anda ditempatkan bekerja di sektor kerajaan. Sitem permohonan SPA 8 kini telah diubah kepada SPA 8i yang membawa capaian kepada sistem penjodohan pencari kerja berdasarkan kelayakan kepada kekosongan jawatan di jabatan kerajaan.

Permohonan SPA 8i ini menarik kerana ia memudahkan urusan pengambilan dan keputusan pengambilan hanya melalui online yang disediakan. Selain itu, pengambilan pula mengikut taraf perkhidmatan pemohon dan kelayakan peluang pekerjaan yang ada kekosongan semasa.

Bagaimana ingin memohon SPA 8i

Untuk memohon anda perlu terus mendaftar secara percuma secara online melalui alamat yang dinyatakan dibawah :

Selepas pendaftaran dibuat, anda akan dimaklumkan sekiranya ada kekosongan jawatan dan sekiranya anda ditawarkan jawatan. Kebiasaanya anda akan dipanggil untuk temuduga terlebih dahulu dan ada juga anda perlu mengikuti kursus yang melayakkan anda diterima jawatan yang dipohon.

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Kemaskini permohonan SPA 8 anda di SPA 8i

Untuk pengetahuan, anda perlu kemaskini permohonan anda di SPA 8i walaupun anda telah lama memohon bagi memberikan lebih peluang anda untuk mendapat tawaran. Hal ini kerana ia menunjukkan anda masih aktif dan data kelayakan anda adalah terbaru. Calon berjaya mencipta MyID dan kata laluan (selepas proses pendaftaran), pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/PSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan MyID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun. Bagi pemohon PSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan MyID terlebih dahulu di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). – Portal SPA

Jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik

Untuk pengetahuan, permohonan akan dipertimbangkan mengikut kelayakan masing-masing. Oleh demikian, kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk lebih rendah, walau bagaimanapun hanya sehingga peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja (one step lower).

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

untuk melihat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik anda anda hanya perlu klik sahaja maklumat lanjut dari maklumat jawatan yang disediakan. maklumat lanjut gaji, syarat lantikan, diskripsi jawatan juga akan dipaparkan untuk mekluman anda.

Anda juga boleh medapatkan maklumat lanjut melalui portal SPA sendiri ataupun mengikuti infomasi kami berkaitan permohonan SPA sebelum ini.

One thought on “Permohonan SPA 8 Bagi Lepasan SPM, STPM setaraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *