Permohonan UiTM sesi 2 tahun 2014 / 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan UiTM sesi 2 tahun 2014 / 2015 1
UiTM

Satu permohonan ke UiTM dibuka untuk permohonan. Permohonan UiTM ini adalah bagi kursus DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG / PENERAPAN / PROFESIONAL. Namun demikian, tidak semua kursus Diploma ditawarkan, pastikan anda membaca dengan teliti iklan penuh permohonan yang disediakan.

Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti  Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui  http://online.uitm.edu.my bermula 30 Jun 2014 (Isnin).
  2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014 atau http://pengambilan.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 30 Jun 2014 (Isnin) hingga 18 Ogos 2014 (Isnin) dengan menggunakan  nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMSBanking.  (No. Slip yang dibeli sebelum 30 Jun 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  4. Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG / PENERAPAN / PROFESIONAL)  seperti jadual di bawah semasa pembelian No. Slip di BSN.
  5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. TIADA PEMULANGAN BAYARAN sekiranya berlaku sebarang kesilapan pembelian No. Slip.
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Kursus yang ditawarkan

Untuk melihat kursus-kursus yang ditawarkan sila rujuk SINI

Syarat Kemasukan UiTM

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup  permohonan.
  2. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah  atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah  terhadapnya.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT  TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan anda dinasihatkan untuk merujuk IKLAN PENUH permohonan untuk sebarang pertanyaan dan maklumat penting lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *