Permohonan UPSI Lepasan SPM/ Setaraf 2015

UPSI

UPSI

Anda berminat memohon UPSI? Permohonan UPSI untuk lepasan SPM/ setaraf dibuka secara online bagi mereka yang masih lagi belum ditempatkan dimana-mana Institusi Pendidikan. Permohonan UPSI ini addalah bagi megikuti program Diploma untuk sesi akademik 2014/ 2015 ( November ). Untuk pengetahuan, permohonan ini dibuka mulai 8 September – 26 September 2014. Jadi jika anda memenuhi syarat bolehlah memohon.

Bagaimana Memohon ?

Untuk memohon anda perlu terlebih dahulu membeli no pin atau dinamakan sebagai no BITARA ID DIPLOMA di Bank Simpanan Nasional. Pastikan anda membeli no untuk permohonan ambilan November Sesi akademik 2014/ 2015.

Selepas anda membeli no berkenaan, anda mula boleh memohon online di  Aplikasi Online yang disediakan. Sebelum permohonan dibuat, anda akan diminta memasukkan no Bitara ID tadi sebelum langkah permohonan seterusnya.

Baca Juga :  Penjelasan KPM Isu IPG Ditutup

Perlu diingatkan, kemasukan nanti adalah pada bulan 11 tahun 2014 ini.

Senarai Program yang ditawarkan

Untuk pengetahuan, terdapat 4 Diploma yang ditawarkan :

  • Diploma Bahasa Inggeris
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • Diploma Sains Komputer ( Komputer Internet )

Untuk pengetahuan keempat-empat diploma diatas mengambil masa 6 Semester dan dibuka kepada aliran sains dan sastera.

Syarat Permohonan Diploma UPSI

Syarat Minimum

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia: dan

Lulus/Gred E mata pelajaran Sejarah.

Syarat Khusus (Aliran Sains dan Sastera)

 

Menarik :

Baca Juga :  Pengambilan TLDM 2017 Jom Masuk Tentera

Diploma Bahasa Inggeris (6 Semester)

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya 4B/Gred B dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.

  • Bahasa Inggeris dan Lulus Ujian Khas

 

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.

  • Bahasa Inggeris dan Lulus Ujian Khas

 

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C /Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.

  • Mathematics; dan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/Sains/Kimia/Fizik; atau
  • Salah satu (1) subjek kejuruteraan:
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan

dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Inggeris
Baca Juga :  Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Putra MARA

 

 Diploma Sains Komputer ( komputeran Internet )

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C /Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.

  • Mathematics; dan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/Sains/Kimia/Fizik; atau
  • Salah satu (1) subjek kejuruteraan:
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan

dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Inggeris

 

Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, anda boleh mula memohon online pastikan membeli no ID BITARA upsi di BSN berdekatan sebelum memohon. Semoga Berjaya.

17 thoughts on “Permohonan UPSI Lepasan SPM/ Setaraf 2015

  1. Good morning. I’m khitana here. I have 3 credits in my spm. Including science. But I failed in my history subject. Can I apply for diploma in UPSI now? Thank you.

  2. salam , permohonan upsi bagi diploma pndidikn awl knk² masih terbuka tak utk lepasan spm 2014 pada tahun 3017 ni ?

  3. Assalammualaikum.. maaf tanya permohonan untuk lepasan spm masih boleh dibuat lagi tak?

  4. Sy nk tnye sy ni nk ambik diploma pendidikn Awl kank2. Tapi sy bole ke sy mohon spm sy hnya kredit. Bahasa melayu sya dpt c sejarah A yg lain sy lulus boleh ke sy mohon diploma pndidikn kanak di upsi..

  5. Fatimah binti sakawi says:

    Assalamualaikum..saya nak tanya..pengambilan untuk kemasukan UPSI lepasan SPM bagi tahun 2016 takde lagi ke?

  6. bila tarikh kemasukan ambilan lepasan spm/setaras bulan november? mohan balas

  7. Syamimi Parman says:

    assalamualaikum, maaf saya nak tnya, permohonan online untuk tahun ni (2015) ada lagi tak?? untuk sesi november bagi 2015/2016 .. mohon maklum balas tuan/puan. tq

  8. charlie anak ajau says:

    Saya nak memohon pendidikan awal kanak-kanak..jika boleh saya mahu memahon diploma sains komputer

  9. uzair zamri says:

    Assalam… sy plajar lpsan spm 2014 dan sy bt pmohonan k upsi mlalui upu..
    Sy mntk diploma pnddkn awl knk2.. sy nk tye, dploma pnddkn awl knk2 prlu kne ujian khas k? Dan klu prlu mcm mne nk semak?

  10. Assalamualaikum. Saya nak bertanya mengenai kursus yang ditawarkan. Mengapakah tiada kursus sains matematik bagi pengajian diploma untuk sesi November? Saya harap pertanyaan saya ini dibalas. Sekian, terima kasih.

  11. NOR HIDAYAH BINTI MUHAMAD TAJUDDIN says:

    Asalammualikum…sya ingin memhon diploma pendidikan awal kanak2 sya hrp permintaan sya ini diblas…

  12. NUR SHAHIRAH BINTI ZULKIFLY says:

    assalamualaikum. saya pelajar lepasan spm 2014. macam mana saya nak apply di UPSI? Saya mohon kerjasama tuan/puan.

  13. NUR IZLIN BINTI MOHMAD AZLI says:

    bagaimana nak apply melalui website , jelaskan kepada saya

  14. a’kum, saya lagi. Ujian khas untuk Diploma Bsa Inggris tu ujian apa ya? Ujian Medsi ke?

  15. Diploma bahasa inggeris ini kursus pendidikan atau bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *