Permohonan UPU 2015/ 2016 : Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

31
44
UMS Salah Sebuah IPTA Malaysia

Musim permohonan UPU 2015 akan tiba tidak lama lagi, bila bermulanya permohonan UPU nanti maka staff kami akan mula sibuk terutama bahagian pertanyaan dan komen. Setiap hari lebih dari 100-300 pertanyaan akan diutarakan melalui blog kami ini, ada kalanya kami akan menjawab dan ada kalanya kami tidak dapat membantu kerana terlalu sibuk. Oleh demikian, sebelum permohonan dibuka, kami sebarkan kepada anda antara soalan hangat yang selalu ditanya semasa permohonan dibuka nanti.

Soalan Jawapan
Bila Pembelian Unik ID? Beli dimana? Untuk membuat permohonan di sistem UPU, Terlebih dahulu anda perlu membeli no unik ID UPU yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan Anda mulai 19 januari 2015 – 6 April 2015
Dimana tempat memohon UPU? Anda boleh memohon melalui Laman web UPU http://upu.moe.gov.my/ link permohonan akan dimaklum kelak apabila dibuka nanti.
Harga Unik ID UPU Harga untuk Kategori A dan B adalah RM 15.60
Bila permohonan UPU dibuka? Dibuka secara online mulai 19 Januari 2015 jam 12 tgh sehingga 6 April 2015 jam 4 ptg
Bagaimana jika no unik ID yang dibeli salah dan tidak dapat digunakan untuk permohonan? Anda perlu menghubungi terus pihak BSN ditalian hotline BSN 1300881900 atau 0326131900 ( luar Negara )
Perlu sertakan salinan sijil bukti penglibatan kokurikulum? Tidak perlu, sebab dah diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum KPM
Saya ditawarkan pengajian yang tidak dipilih, kenapa? Sebab anda telah bersetuju menerima sebarang tawaran semasa mengisi permohonan
Boleh ke saya mohon UPU walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa ( 2014 ) Masih boleh mohon jika lepasan SPM 2012 dan keatas, walaubagaimanapun lepasan 2011 dan kebawah boleh terus memohon ke IPTA pilihan.
Alamak, saya lupa kata laluan? Jika terlupa kata laluan, pihak BPKP( UPU ) akan ambil butiran maklumat pemohon dan seterusnya membuat semakan melalui Modul semakan data calon untuk bekalkan kata laluan, boleh cuba hubungi UPU.
Calon STAM tahun semasa akan menghadapi masalah untuk mengisi maklumat pada bhagian akademik dan keputusan STAM semasa, apa perlu buat? Buat tak tahu, sebab bagi calon kategori setaraf, anda tidak perlu mengisi maklumat bahagian akademik dan keputusan STAM kerana sistem akan membuat padanan secara automatik
Adakah calon Lepasan Matrikulasi ( Bukan Tahun Semasa ) dibolehkan membuat permohonan kemasukan ke program perubatan? Tak boleh, sebab program perubatan hanya ditawarkan pada sesi kemasukan tahun semasa Sahaja.
Saya tak tahu nak pilih kursus apa dan bagaimana mengisi borang UPU? Sila dapatkan bantuan dari kakitangan UPU melalui jelajah Jom Masuk U yang akan dibuat dalam tempoh tersebut di setiap negeri mengikut tarikh yang ditetapkan ( jadual dan tempat dibuat belum dikeluarkan, nanti kami sebarkan ) atau menghubungi kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling disekolah masing-masing untuk dapatkan bimbingan.
Baca Juga :  5 Cara Amalan Baik Di Tempat Kerja

 

Sebenarnya banyak lagi kemuskilan yang wujud berdasarkan pertanyaan yang diajukan, namun demikian anda dinasihatkan supaya selalu merujuk kepada UPU, rakan-rakan dan guru anda untuk mendapatkan lebih informasi sehingga dapat memudahkan proses permohonan serta membuat pilihan yang tepat sesuai dengan kebolehan dan minat anda. Kami disini sentiasa doakan kegembiraan dan kecemerlangan anda.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

31 COMMENTS

  1. Salam,

    Boleh saya Tanya saya batch stpm tahun 2014/2015 saya terlepas pemohonan upu fasa 1 dan 2 Kerana masalah kewangan so I Akan apply tahun ini .. nak minta boleh saya dapat Kursus yang saya apply atau Kerana saya lambat apply so upu bagi Kursus yang random ??? Plz reply I sangat stress 😔

  2. Salam..
    Maaf..saya sudah isi rayuan utk tahun ni..tapi bila saya check saya disahkan tak pnh mmohon apa2 rayuan..sdgkn dlm peti masuk email saya..saya dapat pengesahan bahawa saya sudah mengisi borg rayuan tersebut..
    Saya dlm dilema.

  3. Sy afifah,sy dh buat upu online ,tpi x dpt,dan sy nk buat rayuan ttbe ralat….jika lupa…ap prlu sy buat…masa sy dh suntuk…ade 2 hri lagi…boleh x hubungi sy 0111edit by admin utk sy thu bagaimana caranya

  4. Salam, saya nak tahu kenapa saya tak boleh nak kemaskini upu saya utk fasa kedua? Bila saya log in, dia kata permohonan saya masih aktif. Dan saya tak dapat langsung offer utk interview tempoh hari. Sedangkan saya isi mengikut kelayakan.

  5. salam.. maaf menggangu . saya nak tanya masalah permohonan rayuan UPU. kenapa saya tidak boleh isi rayuan UPU? bila saya nak log masuk, paparan ralat yang keluar..? macam mana saya nak atasi masalah ini?

  6. assalamualaikum admin.. sy dah memohon upu utk sesi akademik 2016/2017 kategori diploma/setaraf..
    tapi sy terlambat menghantar borang salinan dri tarikh yg ditetapkan..adakah permohonan sy telah terbatal? atau masih diterima ? mohon admin menjawab..

  7. Saya telah mengisi permohonan UPU sebelum keputusan SPM di keluarkan…dan bila keputusan keluar banyak kurus yang saya pohon tidak layak…malangnya saya tidak tahu rupanya permohonan boleh di kemaskini.Saya tidak membuat sebarang kemaskini kursus yang saya pohon..adakah saya akan ditawarkan kursus lain atau permohonan saya akan di kira gagal..saya amat buntu sekarang..

    • Kebanyakan permohonan akan mengikut apa yg dipilih.. jika tidak ad kekosongan mungkin juga akan diusahakan kursus lain. tapi peluang agak tipis..walaubagaimanapun ia masih ada peluang..banyakkan berdoa yer..moga murah rezeki.. Kami juga ada maklum ke email supaya pelawat kami tidak ketinggalan info kami, ada baiknya fikri daftar email digital kami percuma, moga tidak ketinggalan lagi.. rujuk sini utk maklumat lanjut http://www.xpresi.org/e-mail-digital/

  8. Sekiranya saya terlepas permohonan UPU sesi 2015/2016, adakah cara lain untuk memohon? Boleh kah saya memohon semasa sesi rayuan nanti?

  9. email lame saya tak boleh buka . dan saya buat email baru . sya lupa kata laluan . mcm mana nk hubungi pihak UPU ? waktu permohonan mkin suntuk. tolg lh sya

  10. saya lupa kata laluan . macam mana nak hubungi pihak UPU ? sedangkan waktu untuk permohonan ni hmpir tmat . tolg lah. tak tahu nk buat apa dah ni . email lama saya dah tak boleh bukak . saya baru buAT email baru

  11. Saya ialah lepasan SPM 2015, semasa mengiisi borang upu saya diminta untuk memberi CGPA Kokurikulum saya tetapi dalam borang tersebut tiada ruangan bagi hal tersebut. Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama atau tahu bagaimana untuk mengiisi hal tersebut??

  12. Sekiranya saya terlepas permohonan UPU sesi 2015/2016, adakah cara lain untuk memohon? Boleh kah saya memohon semasa sesi rayuan nanti?

  13. “Bagaimana jika no unik ID yang dibeli salah dan tidak dapat digunakan untuk permohonan? Anda perlu menghubungi terus pihak BSN ditalian hotline BSN 1300881900 atau 0326131900 ( luar Negara )”

    Salam, saya menghadapi masalah di mana no unik ID saya salah sedangkan dalam slip BSN tertulis dengan jelas dan nyata no unik ID serta IC saya. Apabila saya menghubungi pihak BSN di talian seperti di atas, malangnya mereka meminta saya berurusan dengan pihak UPU kerana menurut mereka hanya tolong jual sahaja. Seharian saya menghubungi pihak UPU dari 2pm tetapi tidak ada jawapan sehinggalah saya terpaksa mencari ikthiar lain untuk mendapat bantuan melalui aplikasi Xpresi ini.

    Bantulah saya. Terima kasih

  14. saya daftar muet untuk sesi julai 2015. layak ke saya memohon upu? sbb keputusan upu akan keluar dulu baru keputusan muet sesi julai 2015 keluar. saya takut tak sempat nak kemaskini permohonan upu itu.

  15. Maaf mengganggu, saya ingin bertanya mengenai masalah permohonan upu. Saya telah salah mengisi borang tersebut krana telah mengklik setuju untuk soalan yg bertanyakan adakah saya setuju jika ditawarkan sebarang tawaran. macam mana saya nak kemaskini borang tersebut sedangka saya telah menghantar permohonan tersebut?

  16. salam, sy student tahun akhir dip farmasi di sebuah kolej swasta. sy akan habis belajar dlm bulan 6 tahun ini. sy nk tnye untuk menyambung degree di IPTA adakah sy boleh memohon di UPU 19 JAN ni atau bila sy boleh memohon?.

Apa Komen Anda :