Permohonan USM 2013, Cara memohon dan Online

Pohon@USM

Info ini bagi calon minat ke USM, permohonan telah dibuka untuk pengambilan ke Ijazah Sarjana Muda. Permohonan USM ini adalah bagi pengambilan tahun 2013. Pemohon adalah diperlawa untuk memohon dari kalangan lepasan matrikulasi/ Asasi 2012, lepasan STPM 2012 dan Lepasan Diploma/ Setaraf – IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.

Cara memohon

Untuk membuat permohonan online, calon perlu membeli nombor PIN USM . Harga nombor pin USM adalah RM 40 yang mana boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional berdekatan.

Untuk memohon perlulah ke Pohon@ USM untuk membuat pengisian borang secara online. USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2012 dan STPM 2012, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.

Pemohon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan atau pengemaskinian maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan selewat-lewatnya 14 April 2013.

Dokumen yang diperlukan :

  1. Salinan Borang Permohonan
  2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
  3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
  4. Salinan Sijil SPM/Setaraf
  5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
  6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
  7. Salinan Sijil MUET
  8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
  9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
  10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

Permohonan boleh dihantar ke :

PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF,

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,

PEJABAT PENDAFTAR,

ARAS 2,BANGUNAN CANSELORI,

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

11800 USM,PULAU PINANG

 

Maklumat Lanjut :

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus ke laman rasmi POHON @ USM untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

2 thoughts on “Permohonan USM 2013, Cara memohon dan Online

  1. hye. saya lepasan SPM 2013. macam mana saya nak buat permohonan USM bagi tahun 2014/2015??

  2. Noraida binti alias says:

    Fotografi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*