Permohonan USM Ijazah Sarjana Muda 2016/ 2017

2
6

Tahukah anda, permohonan USM juga telah bermula. Selain mohon di UPU USM adalah universiti berstatus APEX dan menjalankan permohonan berasingan. Bagi yang berminat untuk ke USM bolehlah membuat permohonan melalui https://pohon.usm.my . Sebelum itu perlulah membaeli no pin RM 40 di bank simpanan nasional berdekatan untuk mengakses permohonan.

Permohonan terbuka kepada 3 golongan iaitu :

  • Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
  • Lepasan STPM 2015.
  • Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui [email protected] dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

Baca Juga :  Permohonan Matrikulasi 2018 Online dan Proses

USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017 di menu Panduan.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di [email protected]

Maklumat lanjut calon matrikulasi/ asasi

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui [email protected] boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II). Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

Baca Juga :  Semakan Keputusan MRSM 2017

Maklumat lanjut calon STPM

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui [email protected] boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

Maklumat Lanjut Calon Diploma Setaraf

Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.

Maklumat diatas adalah dari sumber Laman pohon USM dan diharapkan pelajar maklum dan bertindak sekarang untuk membuat permohonan. Banyak perkara penting berkaitan panduan permohonan dan syarat permohonan lengkap disertakan di laman rasmi Pohon USM.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

2 COMMENTS

  1. Anak saya adalah graduan politeknik dlm bidang kejuruteraan Awam dan telah tamat pengajian pada April 2015. Saya ingin tahu, keuniversiti tajaan kerajaan mana dia blh meneruskan pengajian dlm bidg yg sama di peringkat ijazah. Pohon di balas.Terima kasih.

Apa Komen Anda :