Persepsi Tentang Perasaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Persepsi Tentang Perasaan 1

Dari rajah menunjukkan 7 tindakbalas perasaan yang selalu dilihat dan dilakukan oleh rakan sekeliling kita, perasaan –perasaan tersebut sebenarnya menampakkan kebencian dan kekurangan kepada pelakunya.

Dari rajah undian pelawat xpresi.org menunjukkan jelas perasaan menunjuk yang dilakukan merupakan sikap yang paling dibenci oleh pelawat xpresi. Sikap menunjuk telah mendapatkan catatan undian tertinggi iaitu 40%. Kedua tertinggi pula ialah sikap dengki merupakan sikap serta perlakuan yang dibenci oleh pelawat xpresi. Kedua pembolehubah ini sebenarnya berkait kerana ada sesetengah mereka yang melakukan sesuatu kadangkala dianggap menunjuk-nunjuk oleh mereka yang mendengki walaupun hakikatnya tidak seperti dijangka.

Ketiga tertinggi pula ialah perlakuan atau sikap mereka yang sedang bercinta, undian ini mencatatkan beza hanya 1% dengan dengki iaitu 17%,Mereka yang sedang bercinta yang melebih serta selalu menunjukkan kasihsayang didepan sekitar juga membuatkan sekeliling tidak selesa dan menjangkalkan. Hal ini kerana emosi tidak boleh terlalu dicampurkan dengan realiti kerana ia merupakan letakan yang berbeza didalam hakikat sebenar kehidupan.

Paling terakhir ialah perlakuan dan emosi yang sedang menangis, perlakuan yang sedang menangis menampakkan fizikal yang agak buruk tetapi ia masih tidak menjadi keutamaan berbanding pembolehubah-pembolehubah yang lain dalam undian xpresi. Hal ini mungkin menangis merupakan perkara biasa dan ianya hanya perlakuan dan tindakan perorangan.

Kesimpulannya, Sedang menunjuk merupakan yang paling dibenci oleh pelawat xpresi, manakala sedang menangis merupakan pilihan paling rendah dipilih. Hasil keputusan menunjukkan aspek yang perlu difikirkan tentang apa yang perlu diubah samaada persepsi, ataupun muhasabah diri terutama tentang penjodohan kedua pemboleh ubah yang berkait iaitu sedang menunjuk dan sedang dengki tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *