Pertukaran Guru Online Jun 2011

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk guru/pendidik yang terlibat, Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian  dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun 2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUP time base) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran. Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan Excel) yang boleh diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN/Bahagian untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Permohonan guru bagi Jun 2011 juga hanya dibuka untuk kes-kes Permohonan Pertukaran seperti berikut:

  1. Mengikut suami/isteri yang telah berada di negeri yang dipohon.
  2. Ancaman keselamatan (disertakan laporan polis).
  3. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan daripada doktor pakar kerajaan). (* Bagi kes ii dan iii, sila serahkan laporan polis atau laporan kesihatan kepada JPN)

Oleh sebab permohonan pertukaran guru adalah sepenuhnya melalui on-line, sila pastikan data anda dikemaskini oleh Guru Maklumat/Penyelaras e-GTukar melalui laman web e-operasi (http://apps.emoe.gov.my/eoperasi)  mulai 1 hingga 27 Mac 2011 untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan opsyen di tempat yang dipohon.

Maklumat yang lebih lanjut dan tepat boleh rujuk Sistem pertukaran guru Online

 

 

2 thoughts on “Pertukaran Guru Online Jun 2011

  1. SALAM…. TERLEBIH DAHULU SY UCAPKAN TIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG COMMENT DI SINI.. SAYA SUDAH MENGAJAR DI SARAWAK DARI TAHUN 2007.. DARI BUJANG SAMPAI KAWIN DAN BERANAK 2, SAYA TETAP MAINTAIN MINTA TUKAR.TAPI TIDAK PERNAH DILULUSKAN.. SEMUA KAWAN-KAWAN YANG SAMA BATCH POSTING DI SINI, BUJANG @ KAWIN SUDAH DAPAT TUKAR KE SMNJNG. PALING RAMAI YANG DAPAT TUKAR ADALAH KE PERAK.. SEDANGKAN SAYA PON MINTAK KE PERAK. SAYA ADA MENYEDIAKAN LAMPIRAN LAPORAN PERUBATAN, LAPORAN POLIS SKALI. TAPI TAK PERNAH DAPAT. APA BEZA SAYA DENGAN CIKGU YANG BUJANG @ KAWIN BARU POSTING 1 DAN 2 TAHUN DAH BOLEH PINDAH… DI MANAKAH KEADILAN PIHAK KPM DAN KERAJAAN DALAM SOAL INI? SAYA PON ADA ORANG TUA YANG SUDAH TUNGGU MASA SAJE KATE ORANG.. JANGAN MARAHKAN RAKYAT KALO ADA YANG MULA MENYOKONG PARTI YANG LAGI SATU.. MINTAK PIHAK KPM ATAU WAKIL BERI RESPON… 0139292852

    1. Salam..sy simpati dgn apa yang dialami nakabu..sy percaya pihak pemilihan pindah pun turut sama rasa simpati, tapi mungkin ada banyak juga kes yang lebih kurang sama macam nakabu ini. Semuanya perlukan perhatian..mungkin keadaan terlalu ramai tu membuatkan sukar utk membuat pilihan ditambah lagi kekosongan adalah sedikit. Bab yang tidak adil tu susah nak bincang..mungkin ada kelemahan tertentu yang perlu dibaiki lagi terutama melibatkan sistem..apa2 pun bersabarlah ye..kita takkan dapat berbuat apa2 sebab kita adalah pekerja.. 🙂 kita hanya perlu meminta dan berusaha..yang berikan adalah maha pencipta..ilham dan idea meluluskan pertukaran juga ditentukaNya..harap saudara/i tabah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *