Perubahan Baru Model dan Pelaksanaan Tingkatan Enam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Perubahan Baru Model dan Pelaksanaan Tingkatan Enam 1
Tingkatan 6

Berita terbaru diterima, Tan Sri Muhyidin Yasin menyatakan hasrat untuk membuat penjenamaan semula sistem pengajian termasuk suasana pengajian tingkatan enam Kementerian Pelajaran ketika ini. Cadangan dan idea ini berikutan katanya yang dibuat di Yogyakarta.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin

“Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa),”

Antara Candangan Penambahbaikan Tingkatan Enam

  • Memisahkan pelajar tingkatan enam dengan tingkatan lain
  • Tingkatan 6 ditempatkan di pusat pengajian khas
  • Institusi dikhaskan kepada tingkatan 6 sahaja
  • Menggunakan pakaian yang berbeza
  • Jadual waktu yang berlainan
  • Guru yang berlainan
  • Kategori berlainan jika di banding sekolah biasa
Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Langkah yang dibuat bagi lebih memartabatkan tingkatan eam selaras dengan tahapnya menyamai program-program asasi . Selain itu I penting untuk mengatasi persepsi masyarakat bahawa pendidikan di matrikulasi lebih baik dari tingkatan enam.

Tingkatan enam juga agak berlainan cara pemikiran dan tahap kematangan sekiranya ditempatkan bersama-sama dengan tingkatan lain . Pelajar tingkatan enam seharusnya bersyukur dan belajar bersungguh-sungguh kerana apa yang dipelajari adalah mempunyai tahap yang lebih sama dengan pra universiti yang lain.

Berikutan cadangan memendekkan tempoh pengajian tingkatan enam iaitu dipendekkan 6 bulan dari asalnya, Tan Sri memberitahu ia perlu dikaji oleh Kementerian pelajaran. Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *