Petua Merawat Sakit Gout

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Alhamdulillah sudah 5 hari umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan.Biasa la di bulan puasa ni macam-macam makanan boleh di dapati di bazar Ramadhan.Namun kita kena berhai-hati dalam memilih makanan untuk diri kita.Terdapat makanan yang boleh memberi penyakit kepada diri kita.

Hari ini saya ingin berkongsi petua bagaimana nak menghilangkan sakit gout.Sakit gout kini menjadi salah satu penyakit yang menyerang rakyat Malaysia. Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi.

Petua ini saya dapat dari salah seorang pensyarah saya.Petua ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.Antara bahan yang digunakan ialah betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.
Itu sahaja yang saya dapat kongsi di sini.Selamat mencuba.

4 thoughts on “Petua Merawat Sakit Gout

  1. Umur sy baru 22 tapi sy dah mengidap gaut buat pertama kali.
    Sakit nye memang x boleh cakap , kaki tersentuh dengn kain pun sakit apatah lagi nak jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *