Petua Wajah Berseri – Cara Islam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Petua Wajah Berseri – Cara Islam

Kita sering lupa bahawa yang menjadikan kita cantik bukanlah ‘make up’ semata-mata tetapi lebih dari itu. Kerana itulah mereka yang mukminin dapat dilihat nur di wajah mereka walaupun tidak menggunakan sebarang alat solek. Tiada salah ingin bersolek sekadarnya. Tetapi adalah lebih baik jika kita serikan wajah kita dengan doa dan sebagai amalan di bawah untuk menyerikan wajah dengan cara Islam.

1) Amalkan membaca “Ya Qawwiyu”
– maksudnya ‘Wahai yang Maha Kuat’
– bacalah selepas memberi salam kedua, yakni selepas solat
2) Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi
– Kita selalu mengamalkan mencuci muka dengan apa sahaja pencuci muka sejurus selepas bangun daripada tidur, walhal amalan itu boleh menghilangkan seri di wajah.
– Sebaliknya adalah lebih baik untuk mencuci muka sebelum tidur dan pastinya akan menaikkan seri muka.
3) Gunakan 3 jari tengah
– sewaktu menggosok muka sama ada semasa mencuci muka atau menempek ‘mosturizer’
4) Berselawat 3 kali
– dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa
“Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”
5) Membaca doa ketika melihat cermin
– “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”

 

4 thoughts on “Petua Wajah Berseri – Cara Islam

Leave a Reply to ummi aqif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *