Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang lebih dikenali dalam bahasa singkatannya SUK merupakan bajet yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM1.6 bilion khas kepada pelajar-pelajar di negeri tersebut yang berkelayakan. Usaha perlaksanaan bajet ini jelas berbeza dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional iaitu PTPTN. Ternyata pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tidak dikenakan sebarang faedah dalam pembayaran semula pinjaman tersebut.

Faktor – faktor kelayakan telah diambil kira kerajaan negeri kepada pelajar-pelajar negeri tersebut yang berkelayakan sebelum diberikan pinjaman. Antara kriteria-kriteria kelayakan adalah :

  • Kedua ibu bapa serta pemohon lahir negeri selangor
  • Lebih 5 tahun bermaustautin di negeri selangor serta mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa seperti ketua kampung.
  • Telah mendapat tempat pengajian di mana-mana institusi pengajian
  • Tidak menerima sebarang penajaan daripada mana-mana pihak
  • Memiliki pencapaian akdemik yang cemerlang diutamakan
  • Tidak memiliki status pelajar tahun akhir pengajian
  • Bagi kelulusan ijazah sarjana muda pertama haruslah memiliki PNGK 2.50 ke atas sekurang-kurangnya
  • Bagi kelulusan diploma haruslah memiliki sijil dengan PNGK 2.0 ke atas sekurang-kurangnya
  • Bagi kelulusan sijil daripada IPTA haruslah memiliki 4 kepujian sekurang-kurangnya pada peringkat SPM
  • Bagi kelulusan sijil kemahiran dan teknikal haruslah memiliki 3 kepujian sekurang-kurannya pada peringkat spm
Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Dikatakan sebanyak 1500 kuota sahaja yang telah dibuka pada setiap tahun. Pemohon yang berkelayakan akan diberikan kadar pinjaman bergantung kepada peringkat pengajian masing-masing.

Bagi kadar pinjaman pengajian ijazah perubatan , pembedahan, pergigian dan juga vetrinar akan mendapat RM7,000 setahun,  RM6,500 peringkat pengajian ijazah sarjana muda. Manakala Diploma dan sijil menerima pinjaman RM4,900 dan RM4,000 masing-masing. Untuk makluman, kadar pinjaman telah terttakluk kepada pengajian di institusi awam dan swasta.

Pelajar bidang pengajian ijazah perubatan yang mendapat keisrimewaan dengan menerima 2 penajaan dalam satu masa. Ini bermakna, pelajar perubatan yang berkelayakan yang mendapat pembiayaan pinjaman daripada PTPTN berhak mendapat pinjaman pelajaran selangor. Kaedah pembayaran disalurkan terus ke akaun bank muamalat setiap pelajar yang layak sebanyak 2 kali setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *