Potongan Gaji Bulanan Untuk Sumbangan Kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Potongan gaji bulanan sebagai sumbangan kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar MIskin (KWAPM) telah diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk membantu ibu bapa yang miskin dalam usaha menghantar anak-anak ke sekolah. Dasar KPM iaitu Dasar Pendidikan Wajib yang telah berkuatkuasa bermula pada Januari 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah bermula Tahun Satu. Mengikut akta ini ibu bapa boleh dikenakan denda sekiranya tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

Anda boleh merujuk surat pekeliling di alamat berikut :

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_126_2861_7019.pdf

Antara kriteria Murid yang layak menerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ialah :

  • Murid warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah rendah atau menegah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Tahun 1 hingga Tingkatan 1
  • Murid miskin yang ketua isi rumah berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang asli 1954 (PIndaan 1974) dan kemiskinan ketua isi rumahnya disahkan MISKIN atau MISKIN TEGAR oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional.
  • Murid TIDAK menerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.
Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

 

Bagaimana anda boleh menyumbangkan sumbangan anda?

 

  1. Sumbangkan terus ke Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Anda boleh terus kreditkan sumbangan anda atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM terus ke akaun bank seperti berikut ;
BANK NO AKAUN
MAYBANK 564016117704

 

  1. Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Borang boleh di download di http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=4741
  2. Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan , Kementerian Pendidikan Malaysia dan di alamatkan kepada ;

 

Kementerian Pendidikan Malaysia

Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

Bahagian Kewangan

Aras 6-7, Blok E 12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

Tel : 03-80008000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *