Program Biasiswa Yang Di – Pertuan Agong 2011

0
1

Permohonan biasiswa Yang Di - Pertuan Agong bagi sesi 2011 telah dibuka bermula 11- 18 julai 2011. Permohonan boleh dibuat melalui http://esilav2.jpa.gov.my/

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran setiap tahun.

Baca Juga :  Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM / Setaraf

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapat tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
Sila klik untuk  lihat maklumat yang disediakan dibawah ;
Pertanyaan lanjut :
Pertanyaan mengenai Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2011 boleh dibuat dengan menghubungi
talian 03-8885-3436/3892/3564 atau emel di alamat [email protected]

 

Baca Juga :  Pra Pendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017/ 2018

 

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

Apa Komen Anda :