Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tahukah anda, program matrikulasi merupakan salah satu platform untuk persediaan kepada pelajar lebih mendalami bidang sains dan juga sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Ijazah Sarjan Muda.

Tahun 2011/2012 matrikulasi mempunyai 3 jurusan mengikut  modul I, modul II dan modul III. Pemilihan modul tersebut akan dilaksanakan di setiap kolej-kolej matrikulasi seluruh negara. Matrikulasi mempunyai 2 cara program iaitu program satu tahun ( PST ) dan program dua tahun ( PDT ).

Program satu tahun ( PST )

Dalam program satu tahun ini tempoh pengajian lebih pendek dan ia juga menawarkan jurusan sains, jurusan perakaunan dan jurusan teknikal. Pelajar aliran sains akan dipecahkan kepada tiga modul, setiap modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal. Kedua-dua jurusan tersebut disertakan juga mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Program Dua Tahun ( PDT )

Program ini terlibat kepada Jurusan Sains sahaja, tempoh pengajian lebih lama dan mempunyai  semester. Ia masih menggunakan 3 modul yang ditetapkan. Program dua tahun ini lebih memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai keputusan kurang baik untuk mengikuti kursus asasi sains serta ditetapkan untuk Bumiputera sahaja.

Program Teknikal

Program ini di khaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang matapelajaran teknologi kejuruteraan. program teknikal hanya menawarkan pengajian satu tahun dan pengajiannya sama dengan PST.

Program Perakaunan

Program ini melibatkan matapelajaran subjek akaun dan menawarkan tempoh pengajian selama satu tahun sahaja.

2 thoughts on “Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

  1. assalamualaikum,,,,
    saya nak tanya,antara ketiga tiga modul yang ditawarkan matrikulasi,yang mana lebih baik?

    1. Waalaikumussalam…sebenarnya polisi kami tidak mengesyorkan mana2. bimbang ia berat sebelah dan menganggu penilaian pembaca..mungkin rakan lain dapat membantu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *