Program Sijil Fesyen dan Pakaian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Program Sijil Fesyen dan Pakaian 1
Fabrik

Untuk program sijil fesyen dan pakaian ini biasanya pelajar akan diberikan keutamaan untuk mempelajari kemahiran kreativiti dan teknik membuat pakaian, pemahaman tekstil dan keusahawanan dalam industri fesyen dan pakaian. Bidang ini merupakan bidang berpotensi kerana pakaian merupakan keperluan asas manusia dan pastinya permintaan untuk pakaian adalah semakin meningkat sejajar dengan petambahan penduduk dunia.

Subjek yang dipelajari

Untuk kursus diperingkat sijil biasanya ia melibatkan pelajaran seperti :

  • Ilustrasi fesyen
  • Pola asas pakaian dan penyesuaian pola
  • Sampel proses jahitan
  • Senireka fesyen
  • Hiasan pakaian
  • Teknlogi membuat pakaian
  • Strategi pemasaran
  • Kajian fabric
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Peluang Pekerjaan

Kebiasaanya lepasan sijil dalam bidang fesyen dan pakain ini akan memenuhi pekerjaan seperti :

  • Pereka fesyen
  • Usahawan ( butik )
  • Tukang jahit
  • Juruteknik pakaian
  • Bekerja di jabatan kerajaan atau swasta melibatkan fabrik.
  • Membuka perniagaan sendiri berasaskan pengetahuan dan kemahiran dimiliki.

Tempat belajar

Sebenarnya banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan mengajar sijil fesyen dan pakaian ini, ia termasuk di IPTA, politeknik, giatmara ataupun Kolej Komuniti. Sebagai contoh, Kolej Komuniti memberikan kemudahan elaun rm 250 sebulanĀ  kepada yang layak. Selain itu, bagi yang tidak layak juga boleh memohon pinjaman atau tajaan lain.

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

Tempoh Pengajian

Kebiasaanya tempoh pengajian adalah 3 -4 bulan dan jika mengambil kursus lanjutan boleh mencapai 1-2 tahun.

Kelayakan Memohon

Untuk memohon biasanya memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malayisa atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV ). Galakan memohon diberikan kepada lepasan sekolah menegah teknik dan aliran vokasional.

Bagaimana memohon

Untuk memohon digalakkan pergi sendiri ke Kolej Komuniti yang dipilih ( pastikan kolej komuniti tersebut ada menawarkan kursus yang diminati ) ataupun boleh terus mendapatkan maklumat permohonan di Portal bahagian pengambilan pelajar Kolej Komuniti.

7 thoughts on “Program Sijil Fesyen dan Pakaian

  1. Assalamualaikum, saya nak bertanya? bolehkah adik saya yang diketegorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) memohon kursus dalam bidang jahitan.. Dia OKU dari segi masalah pembelajaran. Tetapi dia tidak mempunyai sijil SPM mahupun PT3 sama sekali.. sebelum ini dia pelajar PENDIDIKAN KHAS di satu sekolah menengah dan mempunyai kad berwarna pink yang berukuran ic.. Itu sahaja dari saya.. Sekian, Terima Kasih.

  2. Hello, saya fify. saya sebenarnya sedang mencari kursus menjahit. Boleh tahu tawaran ni ada kat sabah juga ka? actually sebelum ni saya pernah ambil diploma multimedia design di cosmopoint sabah. Tapi saya berminat nak belajar menjahit.masalahnya saya lngsg basic menjahit.tapi kalo boleh saya memang sangat nak belajar.boleh kah kalau saya ikut kursus ni.?

    1. Hi, sebenarnya giat mara/ kolej komuniti ada menyediakan kursus menjahit jagka pendek. Juga ada yang berbayar yang menyediakan kursus begini. Cuba ke pejabat berkaitan atau menghubungi no tel yang ada. cuba gunakan carian untuk mencari no tel institusi bekenaan untuk bertanya kursus terdekat.

  3. Salam wbt.
    Saya berminat dengan kursus jahitan yang ditawarkan. Boleh saya tahu bagaimana untuk memohon tawaran ini. Berapa lama kah kursus yang ditawarkan? Dan adakah di akhir kursus, para pelajar boleh memperoleh sijil/diploma? Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *