Pujian kepada yang mengekalkan sesuatu

Dalam hidup terdapat banyak perkara yang ingin dibuat, semestinya perkara yang hendak dibuat itu mempunyai kepentingan dan faedah tersendiri kepada diri kita mahupun sekeliling. Begitu juga organisasi lain, pertubuhan ataupun kelompok lain mempunyai agenda tersendiri untuk memulakan sesuatu idea dan berlumba-lumba mendapatkan kepentingan tertentu samaada keuntungan, nama, pangkat, kebajikan ataupun hanya sekadar hobi.

Menjadi kegembiraan bila ramai orang akan memuji kehebatan kita bila berjaya memulakan sesuatu yang baru dan dianggap sebagai kreatif dan bijak kerana mempunyai idea pencetus sesuatu idea itu. Oleh kerana mengejar nama, pujian dari sekeliling banyak idea dicetuskan kini hingga tidak terkira banyaknya dari hari ke hari. Ini termasuk idea memulakan program, acara, misi, pendekatan dan tugasan yang semakin hari semakin bertambah menunjukkan kehebatan mereka yang menjana idea tersebut.

Namun demikian adakah memulakan sesuatu itu dikatakan hebat sekiranya ia tidak mengekalkan sesuatu itu?Semua orang boleh berfikir dan bercakap untuk menentukan sesuatu keputusan tetapi adakah ada usaha untuk mengekalkannya? Seharusnya kita patut memuji dan mengiktiraf mereka yang hebat mengekalkan sesuatu dan bukanya memuji dan mengiktiraf golongan yang hanya tahu memulakan sesuatu tanpa menjaga idea itu supaya berterusan. Memuji mereka yang hanya tahu memulakan sesuatu tanpa hebat memelihara idea tersebut hanya akan menyusahkan individu lain kerana ideanya yang senang dikeluarkan hanya mampu menambahkan penggunaan keringat orang lain sehingga ada sahaja idea baru lain yang bakal menyusul menuntut keringat orang lain lagi.

Mencetus dan memulakan sesuatu itu penting demi menjadi percambahan dan peningkatan kualiti dan taraf hidup kita. Memulakan sesuatu adalah baik dan digalakkan jika ia disertakan sekali perancangan untuk mengekalkan sesuatu itu.  Janganlah kita mengatakan hebat kepada orang yang memulakan sesuatu, tetapi pujilah mereka yang sentiasa berusaha dengan penat lelah mengekalkan sesuatu.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*